Sunday, July 29, 2007

Pasukan Gerak Suboh

Memandangkan masalah umat semakin meruncing masa kini, dan sedang ramai umat masih terleka dengan kesenangan duniawi hingga tidak sedar ancaman musuh semakin menghampiri, maka hendaknya ada segelintir yang sedar dan mengambil inisiatif memperkasakan diri melalui pembaikan di peringkat individu. Menambah sedih lagi pabila azan suboh di komputer-komputer peribadi berkumandang di awal pagi tiada siapa yang menyahutnya; sedangkan di situlah terletaknya salah satu kekuatan umat yang telah hilang jika kita sedari.

Seorang paderi Israel pernah berkata; "Umat Islam tidak akan dapat menawan kembali Israel jika bilangan jemaah yang keluar sembahyang suboh di masjid tidak menyamai bilangan yang sembahyang jumaat."(ayat telah di rephrase)

Jika semasa zaman persekolahan dahulu, di sebuah sekolah terpencil di suatu kampung di dalam daerah Kelang; pelbagai alternatif telah digunakan. Setengah jam sebelum azan, speaker siren bomba yang teletak hanya beberapa meter dari katil menjadi alat menggerakkan pemuda-pemuda yang sedang lena berkembara mimpi. Kemudan azan bekemundang. Tidak cukup setakat itu, ada "reinforcement" akan menyusul tidak lama kemudian. Kalo mendengar kelibat bunyi rotan maka petanda "special reinforcement" akan tiba pada pagi tersebut, maka bergegarlah setiap katil pemuda-pemuda bergegas turun ke musolla.

Tetapi, keadaan di sini sedikit berbeza dan mungkin ini hanyalah suatu bentuk ujian. Dikala azan suboh tidak berkumandang ke udara, ditambah lagi dengan cuaca dingin di kehenian pagi, panggilan kokoan ayam pun tiada, hanya iman di hati menjadi pendorong menyahut seruan Illahi. Jadi, di atas inisiatif pihak tertentu suatu "Pasukan Gerak Suboh" akan dilancarkan di apartment CS Lygon bermula pagi esok bermatlamatkan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti jemaah suboh. Pelbagai metodologi akan diimplementasikan seperti menggunakan saluran komunikasi atau gerakan dari bilik ke bilik.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerahmatan Yang Maha Kuasa. Ayuh bangkitlah wahai pemuda-pemuda Islam...

Saturday, July 28, 2007

Berlari mengejar akhirat, di genggaman ada dunia...

Rasanya seperti telah lama tidak menulis di blog ini... kali terakhir adalah pada minggu lepas pada malam minggu sama seperti malam ini, setelah pulang bermain ski yang sungguh best... huhu... cepat sungguh masa berlalu... salah satu petanda akhir zaman... sepanjang minggu ni agak sibuk untuk memahami biochem dengan pelbagai menchanism yang ada, pbl pun banyak bincang pasal biochem orang tengah kelaparan, tak makan 40 hari... tetapi ia sangat menarik jika dapat memahami setiap satunya secara terperinci... tidak susah... kerana semuanya ada di dalam buku Biochem Lehninger dan Stryer... jadi banyak skit benda yang boleh digoreng masa pbl... huhu...

Kadangkala, tatkala sedang menyibukkan diri membaca dan mengulangkaji, tetiba teringat, apakah semua ini dapat memberi keuntungan yang berkekalan?? apakah dengan ilmu yang sedikit ini boleh membawa diri menjadi seorang yang disayangi atau dibenci oleh-Nya?? bagaimanakah ilmu ini dapat digunakan untuk menjadi orang disayangi oleh-Nya?? apakah telah dilaksanakan segala kewajipan oleh-Nya ke atas diriku?? persoalan-persoalan ini membuatkan diri terus berfikir, membakar semangat untuk terus berjuang, dikala dunia sekitar tidak memihak kepada diri...

Ilmu yang sedikit difahami ini dapat menjadi alat untuk menjalankan dakwah kepada orang lain dengan menutup lubang-lubang alasan yang dilontarkan akibat kelemahan diri... dakwah bil-hal... tidak mahu menjadi orang yang hanya menambahkan buih-buih di lautan... sebaliknya, menjadi orang yang mendahului dalam bidang yang diceburi... tidak kisah di dalam apa bidang sekalipun, baik kejuruteraan, perubatan, perakauanan, seni bina, perguruan dan teknologi-bio... kerana semuanya adalah ilmu dapat dimanfaatkan... kerana agama itu hendaklah dipegang dalam setiap penjuru kehidupan...

Maka berjuanglah wahai setiap pemuda-pemudi muslim di dalam setiap bidang yang diceburi... agar misi mengimarahkan bumi dengan Islam terlaksana... AllahuAkbar!!

Saturday, July 21, 2007

Ski Trip '07


Pengalaman bermain ski kali pertama memang menakjubkan dan menggembirakan. Berbekalkan semangat 'akal yang cerdas terletak pada yang badan yang cergas', kami bertolak dari VicRoads berhadapan CS Lygon tepat jam 7.30 pagi. Terkejut gak melihat ramai kelibat rakan-rakan lain yang akan turut serta.. dikatakan hampir 70 orang... Alhamdulillah... ramai gak yang pergi... Seperti biasa, bola sepak menjadi aktiviti selingan sementara menunggu rakan-rakan lain dan bas tiba... kedengaran juga gurau senda hasil perbualan rakan-rakan lain...

Trip kali ini diketuai oleh Saudara Aizuddin Kamaruddin a.k.a Che' Din bermula dengan membentangkan aturcara trip. Tepat jam 8.30 pagi bas pun bertolak. Driver bas yang sungguh ramah memperkenalkan dirinya sebagai Rock menerangkan tentang perjalanan trip dengan sungguh detail yang sebenarnya sudah pun diterangkan oleh penghulu kami sebelum menaiki bas... takpela dengar je yang translation punya... huhu...perjalanan ke Lake Mountain dijangkakan mengambil masa 3 jam... Saudara Syifaq bangun memperkenalkan diri dan menawarkan untuk menjadi "penghibur"...rupanya kami dihiburkan dengan kuliah lima minit "kulim" dan persembahan video Muhammad The Last Prophet... alhamdulillah... makanan rohani di pagi hari... tetapi malangnya, seperti biasa tidak sampai sepertiga perjalanan saya sudah mengembara ke alam lain...

Hampir-hampir jam 11 pagi kami tiba di kawasan Lake Mountain. Ketika tersedar cerita Muhammad The Last Prophet pun memasuki babak penghijrahan Nabi ke Kota Madinah... Bermula dengan detik Nabi mula meninggalkan kota Mekah dengan berkata "Kota ini kota yang paling aku sayangi, tetapi kerana penentangan kaumku, aku terpaksa meninggalkannya" sehingga babak sambutan meriah penduduk Madinah dengan kedatangan Nabi... ketika itu entah kenapa air mata yang telah lama tidak berlinangan tiba-tiba jatuh satu-persatu... mungkin kerana hati terusik mengenangkan semangat persaudaraan umat Islam ketika itu... perkara itu kubiarkan tanpa diketahui rakan setempatdudukan...

Tidak lama selepas itu, kami sampai ke tempat untuk menyewa peralatan ski... ada 2 pilihan... Tobagon atau Ski Set... tgk Tobagon macam main turun bukit ramai2 pakai kotak mase kecik2 dulu je... erm... tak mencabar... huhu... dengan tiada ragu2 lagi memilih untuk menyewa Ski Set; kasut dan ski bersama rakan sepermainan dulu yang baru tiba di Australia, Azri. dan sebenarnya dia yang mendahulukan wangnya untuk membayar sewa itu... huhu... tima kasih le bebanyak...

Sebelum bermula kami mengisi perut terlebih dahulu sebagai bekalan tenaga... mee goreng yang telah lama tidak dimakan kelihatan begitu menyelerakan... uish... sapala yang masak ni... alhamdulillah... kemudian perjalanan bermula... sebelum masuk kene bayar lagi... adus... poket dahla kosong... terpaksalah Azri mendahulukannya... huhu.. tima kasih skali lagi... kami bertiga; hikbal dan azri memulakan perjalanan... mula2 takut gak... tp buat2 macho je... hehe... ade sorang mike yang tolong pasangkan kasut dkt ski... huhu...

Tanpa menoleh lagi kami terus ke depan... cross-country agak meletihkan...tapi bila tiba di tempat yang curam memang best... tiba-tiba Hikbal bersuara.. "eh, kita berenti jap. tunggu budak lain." kami pun berehat sebentar... hampir 10 minit masih lagi tiada kelihatan kelibat rakan-rakan lain... kami pun jom teruskan... jalan punya jalan tiba-tiba jumpa Nik Ahmad... macamne lak die bole ade kt depan? erm... takpela... teruskan lagi perjalanan tiba-tiba nampak Amal Asrol sedang menikmati Air Batu Campur (ABC) yang asli dari atas pokok... apa lagi kami terus serang dia... wah sungguh best menikmati ABC yang sudah lama tidak dirasai... ABC ni tidak memerlukan mesin pengisar ais untuk membuatnya... huhu..
Kami teruskan lagi perjalanan hingga ke tempat yang paling mencabar dan menarik... Ski Track... memang best... mula2 cuak gak... masa nak belok tak boleh nak control, jadi terpaksala langgar saja hutan yang tepi2... tak pun buat2 jatuh... huhu...habis satu round rase cam best lak... try skali lagi... terpaksa naik bukit hampir 15 minit semata-mata nak meluncur yang x sampai 5 minit... takpe2... yang penting kepuasan... kali kedua ni bagus skit dari yang pertama... cuma orang rami sangat, jadi terpaksa menjatuhkan diri untuk mengelakkan accident... habis kali kedua rase cam x puas lagi... berjumpe lak ngan Fathullah... ape lagi... jom skali lagi... Azri mmg hebat... x dapat nak kejar dia... nampak gak kelibat rakan-rakan lain; afzal, zeli, banglong, faiz, dan lain2... huhu... memang best...

Tepat jam 3.30 petang kami bertolak balik, solat dan makan... suatu hari yang gembira... walaupun badan terasa sedikit keletihan dan kesengalan; tetapi ukhwah yang terbina menyembuhkan segalanya... insyaAllah bertemu lagi di Ski Trip '08~~

Friday, July 20, 2007

Betul..Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram..Tak Caya Sudah..

KHAS BUAT DIRIMU

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.



Posted by umairzulkefli on July 15 2007 07:47:04 on http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

Tuesday, July 17, 2007

Renung-renungkanlah...

Setelah sekian lama tidak menulis, rasanya terpanggil untuk kembali menulis semula. Kadang-kala; kuasa penulisan dapat mengubati perasaan yang luka tanpa berkata-kata dan untuk memperbaiki diri sendiri. Itulah hakikat penulisan yang menjadi tempat untuk meluahkan perasaan bagi si penulis; dan mampu mempengaruhi orang yang membacanya.

Setelah lama bercuti, selama 5 minggu, alhamdulillah masanya banyak terisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat. Bermula dengan winter camp, winter cup, winter trip, ISK, dan ada lagi yang bakal menanti seperti jaulah berbasikal di melbourne dan ski trip. dan saya yakin setiap satu aktiviti itu dapat memberi pengajaran dan pengalaman baru dalam kehidupan jika dilakukan dengan niat yang ikhlas, bersabar dan faham matlamat utamanya. Aktiviti-aktiviti tersebut penting untuk membentuk peribadi muslim shumul yang bukan hanya cemerlang hanya dalam bidang akademik sahaja atau bidang yang diminatinya sahaja atau bidang yang dikuasainya sahaja; tetapi mempelajari dan menteladani sesuatu yang baru dalam kehidupan. Tetapi suatu permasalahan yang mungkin timbul adalah apakah aktiviti-aktiviti ini dapat membentuk seseorang seperti apa yang dimatlamatkan? jika tidak berjaya 100%, adakah ia berjaya melepasi paras lulus 50% ? pembentukan diri seseorang ke arah yang positif tidak dapat dilakukan dengan menggunakan cara paksaan dan kekerasan semata-mata ditambah lagi dengan dunia sekarang yang dipenuhi dengan pelbagai 'human right' dan 'privacy'; tetapi hendaklah dengan cara hikmah kerana hidayah Allah akan diberi kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki. manusia tidak arif tentang hal ini. manusia hanya menjalankan tugas untuk menyampaikan risalah. disitulah terletaknya kemuliaan tugas orang yang menyampaikan.

tetapi jika direnung kembali mengapa kadang-kala orang yang sudah lama mempelajari sesuatu 6-7 tahun, dengan kos wang yang banyak masih tidak dapat mengimplementasikan apa yang dipelajarinya. jika tidak 100%, adakah ia berjaya melepasi paras lulus 50% ? sedangkan kadang-kala orang yang baru seminggu dua baru mempelajari sesuatu, dengan kos wang yang terhad dapat menzahirkan apa yang dipelajarinya dan terus menerus meningkat hari demi hari. dimanakah silapnya?? jika di'link'kan kepada ayat Allah dalam surah Al-Imran ayat 26 yang berbunyi :

....Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.

Rasanya cukup setakat ini terlebih dahulu. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah bahawa setiap saat dalam kehidupan hendaklah di'link'kan kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah kerana akan diperolehi kebijaksanaan(wisdom) daripada berbuat demikian... wallahua'lam..