Wednesday, December 8, 2010

Sejarah Mengajar Kita

Bismillahirrahmanirrahim…

Rasa amat bertuah sekali kerana masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan pemikiran melalui medan penulisan. Setinggi-tinggi kesyukuran melalui kalimat mulia, alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran diucapkan melalui lisan setelah keyakinan mantap dalam hati, yang seharusnya tidak terhad hanya dibibir, malah dibuktikan dengan amal perbuatan.

Melihat tarikh terakhir blog ini dikemaskini adalah pada january 2009. Ini bermakna telah lebih 20 bulan laman ini ditinggalkan tidak terusik oleh pemiliknya. Entah apa yang terjadi pada pemiliknya. Mungkin sibuk dengan kehidupan material atau sibuk dengan kehidupan spiritual. Atau mungkin takut dengan apa yang hendak disampaikan walau suatu ketika pernah meyakini bahawa medan ini merupakan suatu medan beramal menyebarkan risalah.

Memang benar pepatah arab mengatakan masa itu ibarat pedang, jika kita tidak menggunakannya untuk memotong, nescaya ia akan memotong kita. Sehari-harian berlalu tanpa membawa semangat perjuangan menjadikan hidup seolah-olah kosong tidak bermakna. InsyaAllah dengan berusaha bersungguh-sungguh kita boleh berjaya membawa pulang segulung ijazah dalam masa yang ditetapkan. Tetapi apakah maknanya kehidupan selepas itu?

Teringat lagi kata-kata seorang guru bahasa inggeris ketika menasihati kami sekelas ketika lambat sampai ke kelasnya. Antara yang dirunguti beliau dalam bahasa inggeris ialah, "You can succeed if your attitude was like this, but you will be a mediocre". Itu merupakan nasihat guru bahasa inggeris ketika 7 tahun yang lalu. Tetapi kini ianya seakan-akan realiti. Memang benar realiti hari ini merupakan impian hari lalu; dan impian hari ini merupakan realiti di masa hadapan. dan saya ingin menambah, "If you want to be a mediocre, don’t go oversea, and let give up your a million worth scholarship to many other ready to strive, excel kampung boys; at least they will not wasted the people money again!".

Cukup setakat itu rapikan buat masa ini. Apa yang cuba disampaikan dalam tulisan kali ini ialah perpecahan di kalangan umat Islam di kala ini khususnya terhadap orang melayu di Malaysia. Tetapi pertama-tamanya ingin kunasihati diriku dan sesiapa yang membaca tulisan ini bahawa ini hanyalah lontaran-lontaran idea dan pendapat; ianya boleh untuk ditolak atau diterima - sesuai dengan hadis nabi setiap kata-kata itu boleh ditolak kecuali kata-kata nabi Muhammad S.A.W dan ayat-ayat Al-quran.

Dewasa ini suasana politik di tanah air semakin bertambah meruncing. Apatah lagi dengan akan adanya PRU ke-13 lebih menghangatkan lagi situasi. Malah kehangatannya bukan hanya terbatas di sempadanan tanah air Malaysia malah bahangnya bertiup hingga merentas lautan hingga ke benua selatan. Di sini, para pengorak bunyi-bunyi politik tanah air kebanyakannya terdiri daripada kalangan pelajar. Di dalam bahasa Arab pelajar dipanggil Tholib; ataupun dua orang - Tholiban; atau untuk ramai - Thullab...

Tetapi sebelum itu, ingin memperingatkan politik juga merupakan sebahagian daripada Islam kerana Allah berfirman dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 30 :

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Perpecahan di kalangan para pelajar di bumi selatan hemisphera ini jelas terasa dengan wujudnya pelbagai persatuan menggunakan pelbagai nama dengan membawa pendekatan masing-masing. Dari satu sudut kecil, kepelbagaian persatuan ini sememangnya mendatangkan kebaikan kepada umat dan negara kerana ia memberikan fleksibiliti kepada para pelajar untuk memilih persatuan mana yang sesuai untuk mereka membina diri dan seterusnya dapat menyumbang kepada kemaslahatan umum. Tetapi, dari satu sudut yang lebih besar kepelbagaian persatuan ini, membawa kemudaratan yang lebih besar kerana menyebabkan perpecahan baik dari segi ideologi, cara kerja dan kesediaan para ahli untuk memberikan khidmat ke tahap yang maksima.

Perlu kita ingat bahawa keadaan kita hidup dalam perpecahan inilah merupakan tanda kita masih dijajah dari segi minda; walaupun pada zahirnya penjajah British telah angkat kaki dari tanah air kita sejak tahun 1957. Konsep pecah dan perintah yang dipelopori British semasa mengasing-asingkan negeri-negeri di Tanah Melayu masih terbawa-bawa oleh kita sekarang. Malah dari satu sudut lain, keadaan pelajar-pelajar terpilih di Malaysia juga di asing-asingkan ke suluruh dunia bagi mengikis semangat perpaduan yang telah tersemai ketika dibangku sekolah. Memang jelas, dari satu sudut lain ianya memberi manfaat yang besar untuk negara.

Syarat asas suatu bangsa bekerja untuk membina tamadun yang unggul adalah dengan memahami sejarah. Setiap rakyat bekerja berdasarkan pemahaman sejarah. Mengapakah ini penting? Kerana tempoh pembinaan tamadun bukan hanya melibatkan satu generasi tetapi melibatkan beberapa generasi, memakan berabad-abad lamanya mengikut tahap keyakinan, kebolehan, kesungguhan, kecerdikan dan segala aspek-aspek positif suatu bangsa itu. Selari dengan tuntutan Islam bahawa umatnya hari ini lebih baik daripada semalam. Selain itu, sejarah juga memberi kita pengajaran berharga daripada apa yang telah dilalui oleh generasi lampau agar kita dapat memanfaatkan pengalaman berharga mereka untuk melalui jalan-jalan yang diyakini tepat dan selamat.

Apa yang saya rasakan, (sememangnya pendapat ini boleh ditolak) pergolakan politik tanah air Malaysia didalangi oleh musuh-musuh Islam sendiri - yang bijak mencatur dan mempergunakan segala sumber yang ada. Ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang dikatakan maju dari segi ekonominya; malah nilai matawangnya setara dengan nilai matawang Arab Saudi. Tetapi AWAS dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 120 :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka."

Sememangnya kaum yahudi merupakan suatu kaum cerdik pandai dan kini bangsa merekalah yang menguasai dunia dengan petanda aras merakalah yang menguasai pusat dunia iaitu bumi palestin. Tetapi mereka dilaknat Allah kerana sifat sombong dan bongkak mereka yang tidak mengiktiraf nabi-nabi yang disampaikan kepada mereka apatah lagi terhadap Nabi Muhammad junjungan mulia kita yang bukannya berasal daripada keturunan mereka.

Walaupun begitu tidak bermakna umat Islam harus berasa rendah hati atau berasa kelebihan kecerdikan dan kepandaian tidak ditakdirkan ke atas kita; kerana sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam itu hebat dengan sejarah kegemilangannya yang panjang selama berabad-abad lamanya. Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Berbalik semula kepada topik perbincangan kepentingan sejarah. Jika disingkap kembali sejarah tanah melayu pernah mahsyur dengan adanya Kesultanan Melayu Melaka sejak bermula zaman Parameswara yang memeluk Islam dengan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Syah. Kemudian diteruskan pula oleh 3 Sultan seterusnya sehingga pernah suatu ketika Melaka menjadi sebuah pelabuhan maritim yang terkenal di timur dan barat. Selain itu, ada juga Kesultanan Melayu Johor di selatan dan Kesultanan Melayu Pattani di Utara semenanjung tanah melayu. Malah dalam catatan sejarah juga mengatakan bahasa melayu pernah menjadi Lingua Franca (tak tahu betul ke tak ni) iaitu menjadi bahasa perantaraaan antarabangsa dalam perdagangan. Ini semua membuktikan bahawa bangsa melayu pernah cemerlang suatu ketika dahulu.

Tetapi semenjak tahun 1511, era kejatuhannya bermula apablia penjajah Portugis mula menyerang dan menakluki Melaka dan semenjak itu terus menerus dan sedikit demi sedikit bumi tanah melayu dijajah oleh bukan Islam. Pada 1641 Belanda pula yang menjajah sehinggalah termeterai perjanjian pangkor pada tahun 1786 yang menyaksikan pertukaran pentadbiran wilayah Melaka kepada penjajah British.

Memang benar kesan penjajahan selama 5 abad begitu meresapi ke dalam pemikiran dan sanubari rakyat tanah melayu dan masih boleh dilihat dengan keadaan masyarakatnya sekarang. Bukan hanya setakat itu, pihak penjajah mengirim lagi anasir-anasir negatif dari luar melalui saluran media massa seperti hiburan, sukan, budaya songsang, fesyen dan macam-macam lagi.

Di tambah lagi masyarakat Melayu telah dididik sejak zaman penjajahan British lagi supaya hidup sekadar yang mampu, telah disetkan dalam pemikiran supaya berasa cukup dengan keadaan aman, beroleh sedikit kegembiraan, dapat berbuat sedikit amalan ibadat dan mampu menanggung keluarga; jadi kekallah orang melayu menjadi petani di kampung-kampung, sedangkan tanah airnya sendiri kaya dengan bahan galian seperti bijih timah yang memerlukan tenaga manusia yang lebih untuk menggalinya dan juga tanah yang subur. Jadi, British ingin mengekalkan mentaliti orang Melayu sebagai tuan kepada tanah airnya sendiri, dan mengambil orang-orang dari tanah besar Cina yang telah sedia-kala hidup dalam kesusahan untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah. Sekitar lewat abad ke-19 gelombang besar rakyat Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pelombong; dan juga sebilangan kecil pekerja dari selatan India diambil untuk bekerja di estate-estate getah.

British sememangnya bijak mengkaji keperibadian dan psikologi manusia. Dan sememangnya mereka mempunyai pengalaman yang amat meluas tentang bidang ini apatah lagi dengan tujuan untuk menakluk, menguasai dan mengorek segala apa yang bermanfaat daripada tanah air yang ingin dijajah. Daripada keadaan sekeliling yang berlaku, mereka dapat mengagak apa kehendak naluri orang-orang Cina, orang-orang India dan juga orang-orang Melayu yang hidup pada akhir abad ke-19 sehingga menjangkau 2 abad selepasnya. Apa yang British mahukan adalah mengekalkan konsep pemikiran setiap masyarakat ini iaitu; orang Melayu sebagai penghuni asal tanah ini tidak perlu bersusah payah dan perlu dihormati sebagai ketua atau tuan oleh masyarakat lain, masyarakat Cina dikekalkan dengan pemikiran materialistik walaupun sanggup mengerah tulang empat kerat, dan masyarakat india kekal dengan mentaliti yang dibawa daripada tempat asalnya. Dengan pengekalan pola pemikiran setiap bangsa ini, lebih memudahkan British untuk melunaskan misi mereka disertakan dengan konsep pecah dan perintah.

Hingga kini kita masih dapat melihat kesan didikan British terhadap masyarakat majmuk di Malaysia walau mereka telah meninggalkan tanah air ini selama 53 tahun. Malah, jika tanpa adanya kesedaran daripada setiap masyarakat terhadap pola pemikiran yang mereka anuti kini, ditambah lagi dengan arus gelombang globalisasi tanpa sempadan, tidak mustahil dalam jangka masa yang terdekat, tanah air ini akan akan kembali dijajah secara zahir dan terang-terangan lagi bersuluh. Inilah merupakan gelombang masalah yang paling besar dalam masyarakat Malaysia sekarang yang sebenarnya telah dicatur baik oleh pihak British sejak 2 abad yang lalu. Samada kita sedar atau tidak!

Yang penting sekali, kaum apakah yang paling mendapat impak kemusnahan daripada situasi yang telah dicanaikan ini? Sudah tentunya kita semua sedia maklum jawapannya....

Sejarah merupakan asas pembangunan sesuatu tamadun. Setelah 30 tahun tidak lagi dijajah secara fizikal, pembangunan insan mulai berkembang dengan tahap pendidikan rakyat meningkat sehinggakan ramai pemuda-pemudinya berjaya melangkahkan kaki ke menara gading malah hingga ke luar negara. Peningkatan sistem pendidikan ini telah memberi kesedaran kepada rakyat tentang peri pentingnya asas pemahaman agama dalam kehidupan. Rakyat mula sedar dengan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang muslim dan usaha mula dilakukan oleh sekumpulan kecil untuk menyebarkan dakwah di Malaysia. Perkembangan dakwah ini dapat dirasai dengan adanya semacam gelombang perubahan dalam masyarakat sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an. Ketika itu wanita-wanita mula berjinak-jinak untuk memakai tudung apabila keluar rumah, lelaki mula memakai seluar panjang ketika bersukan dan lain-lain lagi.

Dan hingga kini, dakwah telah berjalan laju secara relatif bergantung kepada persepsi individu, hingga mewujudkan pelbagai kumpulan atau jemaah. Dalam kelajuan proses dakwah ini berkembang, seringkali ianya mendapat tentangan yang hebat daripada pihak pemerintah. Sedangkan pihak pemerintah sendiri merupakan daripada bangsa dan menganuti agama yang sama. Hal ini menyebabkan lontaran persoalan mula bermain pada fikiran pendokong-pendokong dakwah ini. Yang jelas, dasar pemahaman dan tahap keyakinan kepada Islam pada individu yang memerintah itu sendiri yang menjadikan wujudnya tentangan ini. Wallahua'lam…

Tetapi bagaimana kita ingin mengaitkan penglibatan pihak luar sebagai superior kepada situasi yang berlaku sekarang? Setahun sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan negara yang menjadi dasar untuk menggubal undang-undang dalam negara hingga kini. Hasil suruhanjaya ini, maka termaktublah Perlembagaan Persekutuan yang masih lagi kekal hingga ke hari ini. Dan orang yang mempunyai kuasa untuk mengubah perlembagaan ini adalah pemegang kuasa eksekutif nombor satu negara iaitu Perdana Menteri, dengan mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Baiklah... apakah benar Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui oleh British, dapat menggambarkan rasa keikhlasan British untuk memberikan kemerdekaan total kepada Tanah Melayu pada ketika itu? Jika tidak pun, sebelumnya British telah pun beria-ia ingin menubuhkan Malayan Union yang sama sekali mengetepikan Hak orang Melayu khususnya sebagai tuan kepada tanah airnya sendiri. dan mengapa perlunya orang British, Lord Reid mengetuai perbincangan yang akan menentukan masa depan kehidupan rakyat di tanah air sendiri? Apakah rakyat sendiri tidak mempunyai asas pegangan dan daya pemikiran untuk menentukan hidupnya dan keturunannya yang akan mendiami tanah air ini? dan akhirnya lupakah orang Melayu Islam bahawa perlembagaan untuk dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negaranya dan umatnya telah ditentukan dalam sumber rujukan teragung iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W…

Baiklah… setelah 53 tahun mendapat kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan masih mengekalkan dasarnya yang sama. Mengapa tidak tukarkan saja dan isytiharkan Perlembagaan Al-Quran bagi perlembagaan Malaysia? Jika ianya terlaksana, adakah ia benar-benar terlaksana atau hanya atas nama semata-mata? Setelah 5 kali tampuk pemeritahan nombor satu negara beralih tangan, mengapa masih tidak mampu untuk merialisasikan ajaran al-Quran dalam pemerintahan; jika mahu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan Islam terlaksana. Mengapa tidak dihapuskan sama sekali amalan rasuah, kronisme, pembaziran yang berlebihan, dan lain-lain lagi yang negatif. Mengapa hasil kekayaan hasil bumi di Malaysia tidak diberi secara saksama kepada semua lapisan masyarakat? Mengapa banyak pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan tercicir dalam pelajaran mereka? Mengapa masalah sosial remaja di Malaysia tidak ditangani dengan secara holistic? Malah ianya semakin merebak dan menjadi barah dalam masyarakat. Mungkin persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini sangat umum dan ianya boleh berlaku walau di mana saja di atas muka bumi ini. Itulah peri pentingnya Al-quran dan Sunnah sebagai perlembagaan hidup pada diri, keluarga, masyrakat, negara dan umat ini. Dan pemimipin kepada umat ini dalam konteks Negara Malaysia ialah Perdana Menteri, dan jika perasan, setiap kali perlantikan Perdana Menteri yang baru, satu perjanjian sulit perlu ditandatangani. Tidak pasti apa sebenarnya kandungan perjanjian ini, tetapi mungkin sebagai tanda persetujuan negara ini dengan kehendak arus kuasa-kuasa besar dunia… Itulah bagaimana senangnya pihak luar menjajah negara ini melalui hanya sekeping kertas...


Jadi, apakah yang dapat disimpulkan jika salah seorang daripada umat Islam Melayu di Malaysia berada dalam situasi Perdana Menteri sekarang? Situasi ini bak kata pepatah Melayu yang berbunyi ; “ditelan mati mak, diluah mati bapak” ataupun “bagai telur di hujung tanduk”. Maka, telah nampak sedikit jalan penyelesaiannya ialah melalui memperkuatkan setiap rakyat dengan keimanan mantap dan pemahaman Islam yang jelas dengan strategi yang teratur, hingga terbentuk keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam seterusnya mewujudkan ustaziatul alam...

Medan angan-angan Mat Jenin tidak sama dengan medan idea fantasi. Medan Idea fantasi tidak sama dengan medan idea realistic. Medan idea realistic tidak sama denga medan cakap belakang-belakang. Medan cakap belakang-belakang tidak sama dengan medan cakap depan-depan. Medan cakap depan-depan tidak sama dengan medan perlaksanaan yang cincai-cincai. Medan perlaksanaan cincai-cincai tidak sama dengan medan perlaksanaan yang teratur, kemas dan sistematik. Medan perlaksaan yang tersusun tidak sama dengan medan pengorbanan harta. Medan pengorbanan harta tidak sama dengan medan pengorbanan jiwa dan perasaan. Dan medan pengorbanan jiwa dan perasaaan tidak sama dengan medan berjihad dan syahid di Jalan Allah.

Dalam membaranya semangat untuk menubuhkan negara Islam, realiti sebenar masyarakat perlu diselidiki, untuk membandingkan dengan kekuatan individu-individu dalam masyarakat seperti zaman runtuhnya jahiliah pimpinan Rasulullah S.A.W. Telah adakah 313 pejuang-pejuang seperti di Badar yang tahap keimanan dan tawakkalnya tidak dapat disangkal, perancang strategi seperti Salman Al-Farisi yang berjaya menyelamatkan kota Madinah daripada serangan musuh dari dalam dan luar kota, pejuang gagah seperti Amr bin Ash, yang dapat mewakili kekuatan 1000 orang pejuang dalam pertempuran membuka Mesir, pemimpin yang bijak dan berani merancang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang ideanya sama-sekali tidak masuk akal untuk membawa bahtera-bahtera merentasi bukit, telah siapkah sebaik-baik tentera seperti tentera-tentera yang membuka Kota Konstantinople yang tidak lekang dengan Qiamullailnya. Telah siapkah pemuda-pemuda seperti pemuda yang menangis di pinggiran kota Andalusia zaman kegemilangan Islam Abasiyyah kerana tidak dibenarkan keluar berjihad disebabkan al-Quran masih belum tersemat di dadanya.

Jika tidak pun, telah siapkah tentera-tentera seperti tentera ikhwan muslimin yang pernah suatu ketika pada tahun 1960-an berjaya menghalau israel keluar daripada semenanjung Sinai hingga ke Israel. Atau bersediakah kita dengan tentera-tentera seperti taliban yang berjaya mengusir tentera kuasa besar daripada bumi afghanistan pada tahun 1980-an dan kini masih berjihad menghalau tentera kafir keluar daripada bumi afghanistan. Ada pihak tidak bersetuju dengan perjuangan taliban; memang benar jika mereka membunuh sesama muslim adalah bertentangan sama sekali dengan hukum Islam; tetapi betapa ramai askar-askar kafir yang telah ditewaskan oleh mereka. Mengapa pihak kafir sanggup berbelanja sehingga berbillion-billion dolar, mengorbankan nyawa rakyatnya, lari daripada keseronokan hidup hedonisme, dan hingga sanggup merancang konspirasi-konspirasi besar dunia seperti serangan 11 September, wujudnya kekuatan negara Iran, wujudnya pelbagai fahaman yang ingin menghancurkan Islam secara halus dari dalam dan lain-lain lagi.
Jika tidak ada pun; telah siapkah kita untuk berkorban harta dan nyawa apabila negara ini telah benar-benar diserang oleh pihak luar yang sentiasa mengintai daripada kapal-kapal perang yang berlabuh di pulau kecil di selatan semenanjung dan entah berapa banyak kapal-kapal selam yang sibuk berulang-alik tanpa disedari di selat paling sibuk di dunia, terletak hanya di sepanjang pantai barat semenanjung tanah melayu ini. Apa yang kita ada dalam ATM, hanyalah beberapa buah kapal selam terpakai yang berharga berbillion, helikopter-helikopter yang sering kali terhempas ketika dalam tugasan, hinggakan kepada kesediaan anggota-anggota tentera ATM sendiri untuk melakukan tugas, perlu diberi masa 3 bulan hanya untuk menguruskan badan.

Jika tidak ada pun, bersediakah pegawai-pegawai kerajaan yang berjumlah lebih 2 juta orang untuk tidak menerima gaji selama sekurang-kurangnya 4 bulan seperti mana yang telah berlaku di Semenanjung Gaza di mana mereka telah disekat bukan hanya setakat tidak bergaji malah daripada semua aspek kehidupan; bukan hanya setakat 4 bulan malah telah 2 tahun lamanya.
Jika tidak ada pun, telah siapkah pemuda-pemuda muslim yang menghiasi diri dengan 10 sifat-sifat individu muslim; betul akidahnya, sejahtera ibadahnya, baik akhlaknya, luas pengetahuannya, sangat menjaga waktunya, mujahadah dalam dirinya, tersusun urusannya, manfaat kepada orang lain, kuat tubuh badannya dan mampu berdikari. Jika tidak semua pun adakah kita telah memenuhi separuh daripada sifat-sifat yang ada dalam senarai... Jika tidak ada pun adakah kita telah menyumbang kepada naiknya anak-anak tangga marhalah yang telah digariskan hingga terbina semula khilafah Islam.

All after all, mari kita renung maksud di sebalik ayat terakhir surah al-Baqarah :
"
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia medapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Jelas ayat di atas sesuai dan relevan dengan situasi kita sekarang.

“Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan sebesar zarah, maka dia akan mendapat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.” [Az-Zilzal : 7-8]

Tetapi harus diingat, jika kita telah nekad untuk tsabat di suatu jalan yang diyakini akan membawanya kepada kemenagan yang abadi; Allah memperingatkan lagi kita dengan ayatnya :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Surah Al-Ankabut : 2-3]

Dan balasan bagi orang yang terus teguh dan tsabat dalam menghadapi badai perjuangan ini telah Allah jelaskan dalam Surah Fussilat, ayat 30:

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

 
Dan apakah kenikmatan yang ada dalam Syurga :
Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan kedua surga itu dapat (dipetik) dari dekat
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dan selain dari dua surga itu ada dua surga lagi
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Kedua surga itu (kelihatan) hijau tua warnaya
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka bertelakan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Maha Agung nama Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan karunia.
[Ar-Rahman : 46-78]

Dalam Surah Al-Insan ayat 12-22 :

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): Bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
(Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)."
 
dan kepada yang masih bermain-main dan tidak menghiraukan masalah umat yang berlaku ingatlah pesan Allah :

"Dunia adalah permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya kehidupan akhirat itulah kehidupan sebenarnya, jika mereka mengetahui" [QS. al-Ankabuut (29): 64]
"Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu" [QS. Ali Imran (3): 185]
"Jangan sekali-kali kamu terpedaya oleh kegiatan orang-orang kafir di seluruh negeri. Itu hanya kesenangan sementara, kemudian tempat kembali mereka ialah neraka Jahanam; itu seburuk-buruk tempat tinggal" [QS. Ali Imran (3): 196-197]

Rasulullah saw bersabda, : "Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir." (HR Bukhari dari Ibnu Umar)

dan jika kita masih lagi mahu bermain-main dan leka ingatlah :

"Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar), Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu" [Muhammad:38]
All after all, dalam kesibukan mengejar tampuk kepimpinan, jangan dilupa asas kepada penerimaan sesuatu amalan seperti mana dalam hadis yang mahsyur ;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

And All after All;
Apakah kejayaan di dunia yang ingin dimiliki atau kejayaan yang lebih kekal abadi. Hanya 3 amalan yang tidak terputus apabila melangkah ke alam seterusnya iaitu : Amal Jariah, Doa Anak Yang Soleh dan Ilmu yang Bermanfaat.

Sebagai kesimpulannya, diri yang menulis lebih tahu isi hatinya dan sepatutnya lebih dipertanggungjawabkan untuk apa yang telah diluahkan. Amaran Allah kepada siapa yang tidak melakukan apa yang telah diperkatakan dalam surah As-Saf ayat 2; "Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

maka kesimpulannya.... walk your talk...

moga Allah melindungi diriku daripada apa yang kuluahkan dan menunjukkan siratalmustaqim demi untuk menuju kesyurganya…


Wallahua’lam…

Tuesday, January 13, 2009

Moments before going back...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini genap seminggu pemukiman sementara aku di Malaysia. Kurang 10 jam dari sekarang, aku akan berlepas pulang semula. Tempoh kurang dari 168 jam keberadaan di Malaysia relatifnya singkat jika dibandingkan dengan tempoh perjalanan pergi dan balik yang memakan masa lebih kurang 16 jam. Tetapi tidak mengapa, ada misi yang lebih penting untuk dilaksanakan. Walau singkat tetapi kualiti masa itu lebih berharga.

Ada orang berkata, masa itu ibarat makhluk. Jika dijaga sebaiknya akan dapat sesuatu bermanfaat daripadanya. Albert Einstein pula berkata, jika kita mahu masa lebih daripada 24 jam sehari, kita perlu hidup dalam jet supersonik yang boleh membawa kita dari timur ke barat dalam tempoh yang singkat. Pepatah arab pula berkata, masa itu ibarat pedang. Kalau tidak memotong, maka akan dipotongnya kita.

Apa-apapun yang paling penting, masa tetap memang berharga. Sebagaimana Allah bersumpah dalam surah Al-Asr tentang masa yang menjadi perlembagaan hidup manusia.

Tidaklah aku ingin bercerita tentang masa dikala ini, tetapi tentang apa yang aku rasai kala ini. Tentang perbezaan yang dirasai semasa berada di dua tempat permastautinan yang berbeza.

Alhamdulillah tempat tanah air ku kini semakin hari semakin subur dengan pelbagai bentuk pembangunan. Tidak jauh dari rumahku kini pun telah siap satu lagi lebuhraya untuk kemudahan penggunanya. Baru malam semalam aku melaluinya tatkala ayahku sengaja menggunakan jalan jauh dalam perjalanan pulang dari memakan satay bersama. hehe... Alhamdulillah belum ada lagi pagar tol yang dipasang. Nampaknya semakin naik harga tanah di kawasan ini dengan adanya lebuhraya DUKE (Damansara Ulu Kelang Expressway) dan sebuah lagi pasaraya Jaya Jusco yang baru dibuka berhampiran. Alhamdulillah.. Nak juga orang Jepun melabur di kawasan rumah aku ni ye... heheh

Sejak dari kecil aku telah menetap di sini. Masa dulu semasa zaman sekolah rendah, waktu pagi hendak pergi ke sekolah jalan sentiasa sesak. Rupanya aku tengok ada kerja "construction" di tepi jalan dengan pagar zink melindungi. Terpaksa la aku bertolak awal ke sekolah... Nampak juga banyak kren tertulis HIP HUP yang semasa itu aku berfikir mesti kaya orang yang ada kesemua kren ni kan.. pada masa itu aku berkira jika sewa sehari sebuah kren ialah RM 200.. Semasa di Tingkatan 1 siaplah semua kerja-kerja "construction" dan lalulah tren di atas gelegar-gelegar tiang yang selang 1 ke 3 kilometer pasti ada sebuah stesen. Ada pula 2 stesen tersergam indah berhampiran dengan rumahku iaitu Stesen Setiawangsa dan Stesen Jelatek. Sempat juga aku menggunakan perkhidmatannya selama 2 minggu semasa mula-mula sekolah di Tingkatan Satu di St John Bukit Nanas sebelum berpindah ke asrama di Segambut. Alhamdulillah..

Tidak lama kemudian, ada pula kerja-kerja "construction" di seberang sungai berhampiran rumah. Ku lihat banyak juga tiang-tiang yang dibina. Ooo.. rupa-rupanya sebuah lagi highway akan dibina iaitu MRR2 (Middle Ring Road 2). Tak lama kemudian ada pula kerja-kerja "construction" di tebing Sungai Klang. Ada juga banyak tiang-tiang tinggi yang dibina. Tetapi yang peliknya semuanya berada di atas atau di tebing sungai.. Aku bertanya kepada ayahku, "Abah kenapa dia buat "construction" di atas sungai?". Ayahku menjawab, "Kalau buat di atas sungai, 'dia' hanya perlu mendapatkan kebenaran menggunakan reserve sungai kerana tanah di reserve sungai tidak boleh dijual." Ooo.. aku yakin dengan jawapan ayahku kerana dia memang arif dalam bidang ukur tanah. Rupanya boleh jimatkan modal tetapi macamana pula air sungai di bawahnya? Tidak lama kemudian, siaplah kerja-kerja "construction" dan diberi nama AKLEH (Ampang Kuala Lumpur Express Highway). Jika di Melbourne kawasan tanah berhampiran sungai dibiarkan tanpa ada sebarang pembangunan untuk memelihara sungai.

Semakin banyak pembangunan yang dikecapi dan perubahan fizikal amat jelas ketara sejak 20 tahun yang lalu. Tetapi jika di Melbourne bandarnya tetap segi empat dengan jalur-jalur berserenjang merentasi tengah-tengah kota yang sama sejak 100 tahun yang lalu. Di mana silapnya? Sama-sama kita fikirkan...

Itulah serba sedikit daripada pelbagai jenis pembangunan yang dapat kulihat hingga saat ini. Ada satu lagi perkara aneh yang kulihat sejak dahulu hingga kini. Tetapi perkara ini agak bertentangan dengan kemajuan ke hadapan bentuk fizikal di sekelilingku. Seolah perkara ini "stagnant" malah semakin terkebelakang. Iaitu bilangan jemaah yang hadir untuk solat fardhu berjemaah di surau. Dari dahulu hingga kini jumlahnya tidak berubah. Begitu juga dengan peringkat umur jemaah yang menghadirinya. Rungsing memikirkan "perkara ini", aku mengajak adik-adikku untuk mengimarahkan surau semasa azan berkumandang...

2 hari lepas ada seorang rakan sekolah datang melawat ke rumah. Alhamdulillah masih sihat walafiat dia kini. Aku sempat membincangkan "perkara ini" dengannya. Rupa-rupanya dia pun sependapat denganku. Dia juga menghadapi situasi sama sepertiku tetapi lebih "complicated". Dia memberitahu bahawa masalah "perkara ini" bukanlah masalah di beberapa tempat, malahan berlaku di banyak tempat dan berleluasa. Berpunca daripada "perkara ini" banyak lagi permasalahan boleh terjadi samada kepada individu, masayrakat mahupun negara. Jadi dia mencadangkan 2 solusi untuk adiknya iaitu; sentiasa menjaga solat dan menjaga pergaulan.

Memang ada kebenaran 2 solusi yang beliau cadangkan memandangkan masyarakat kini mengabaikan solat, tidak mengendahkan azan untuk bergegas ke surau-surau atau masjid-masjid. Padahal solat itu adalah tiang agama. Solat fardhu lima waktu secara tidak langsung merupakan benteng daripada terjebaknya diri ke dalam perkara yang lebih tidak berguna.

Hingga saat ini masih ada lebih kurang 5 jam sebelum pesawat dijangka berlepas. Satu harapan dan impian di hatiku iaitu untuk melihat kemajuan pemikiran berasaskan Islam yang seiring dengan pembangunan fizikal yang telah dikecapi.

Wallahua'alam..

Tuesday, December 16, 2008

Bergantung Pada Allah

Jika kita perhatikan setiap perkara di alam ini baik dari sekecil-kecil perkara seperti pasir, semut, bakteria hinggalah sebesar-besar perkara seperti bangunan tinggi, gajah, dan paus, terdapat satu ciri persamaan yang perlu ada untuk membolehkan kewujudan sesuatu perkara itu bermakna. Ciri persamaan itu ialah kebergantungan sesuatu perkara kepada perkara lain. Ia tidak boleh berfungsi dengan sebaiknya dan bermanfaat pada yang lainnya jika hanya wujud secara sendirian. Sebagai contoh, dalam suatu rantai makanan di populasi kawasan sawah padi. Burung-burung dan serangga-serangga yang ada di sekitaran sebagai pengguna premier mendapat makanan daripada hasil padi. Padi yang tumbuh pula adalah hasil daripada proses fotosintesis yang bergantung pada sumber cahaya matahari.

Contoh populasi kawasan sawah padi hanyalah satu daripada pelbagai contoh kebergantungan sesuatu perkara kepada perkara lain di alam ini. Apa yang penting adalah kebergantungan sesuatu perkara kepada perkara lain hendaklah sesuai dan bertepatan dengan keperluan agar ia dapat berfungsi dengan baik dan kewujudannya signifikan di alam ini. Terjadinya kebergantungan ini adalah kerana ketetapan Allah atau lebih tepat lagi Sunnatullah. Dan Sunnatullah tidak hanya terjadi secara tiba-tiba tanpa ada rancangan teliti oleh pencipta-Nya di Luh Mahfuz.

Berbicara tentang Sunnatullah, manusia sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Allah juga memerlukan tempat bergantung. Bezanya kebergantungan manusia daripada kebergantungan perkara selain manusia ialah manusia secara umumnya bergantung pada banyak perkara di alam ini. Ini kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran yang membolehkan manusia berfikir dan memanipulasi banyak benda di sekelilingnya dengan tujuan menjadikan kehidupannya lebih mudah dan mengurangkan ancaman. Tetapi manusia seringkali lupa bahawa kebergantungan mereka kepada perkara di sekeliling hanyalah bersifat sementara dan tidak menjanjikan keuntungan yang signifikan. Jadi, apakah tempat sebenar-benarnya manusia meletakkan kebergantungan? Cuba kita bayangkan beberapa gambaran situasi yang benar-benar terjadi pada diri sendiri.

Situasi semasa musim peperiksaan biasanya menyebabkan para pelajar menjadi gusar dan takut akan natijah keputusannya. Di ketika ini, segala usaha dicurahkan sepenuhnya untuk menalaah pelajaran dengan harapan dapat menjawab soalan ketika peperiksaan dan mendapat keputusan yang memberangsangkan. Tetapi pernahkah kita terfikir semasa menjawab peperiksaan tiba-tiba kita tidak dapat berfikir dengan baik dan hanya mampu merenung soalan peperiksaan di hadapan mata. Pada saat itu kepada siapakah kita mengharapkan tempat bergantung?

Jadi, seharusnya manusia meletakkan pengharapan yang agung hanyalah semata-mata kepada Allah. Dialah yang mengusai setiap perkara di alam ini.

  • Cara-cara bergantung pada Allah : - bukan hanya terus berserah tanpa berusaha bersungguh-sungguh - berdoa dengan sepenuh hati mengharapkan sesuatu - taat segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya - hendaklah yakin dengan bantuan-Nya - tidak mengadu-domba kepada makhluk lain jika permintaan tidak dikabulkan. (hendaklah berbaik sangka dengan segala yang telah dikurniakan.)
  • · Cara praktikal: - Perbanyakkan bacaan al-Quran - Perbanyakkan merenung dan berfikir tentang ciptaan Allah dan apa yang berlaku di sekeliling - Jauhi perkara lagho - Perbanyakkan zikir kepada Allah
Wallahua'lam...


Politik Ladang Menghancurkan Pemuda Islam

Sepanjang tahun sejak semester bermula kebanyakan pelajar di luar negara sibuk untuk menghadiri pembelajaran di universiti. Kebanyakan masa dihabiskan untuk mengejar jadual kuliah, menyiapkan tugasan dan menelaah untuk mengadapi peperiksaan. Rutinnya begitu setiap hari hingga sampai ke hujung tahun. Pabila tamat kertas terakhir peperiksaan akhir semester barulah diri terasa lega seketika kerana terlepas dari bebanan pembelajaran. Saban tahun rutinnya pun begitu...

Tempoh percutian musim panas selama 3 bulan menambahkan kelegaan para pelajar pabila ditawarkan pelbagai pekerjaan yang menarik lebih-lebih lagi bekerja sebagai pemetik buah. Di kala inilah buah sedang masak ranum, warnanya menarik dan isinya sedap. Gajinya pun tidak kurang lumayannya jika didarab 3. “Ah, tidak mengapa jika kebanyakan masa dihabiskan di ladang asalkan poket bertambah gemuk!”

Aku juga termasuk dalam kalangan kebanyakan para pelajar yang “obsessive”. Setakat 2 minggu bertungkus-lumus memenuhkan kotak buah untuk mencapai timbangan maksimum, aku terfikir apakah faedah yang aku perolehi dari membuat perkara ini? Kadangkala aku kebingungan. Kadangkala juga aku merasakan seolah-olah aku sedang dipergunakan. Kadangkala juga aku terfikir adakah rakan-rakan lain berfikir sebagaimana yang sedang aku fikirkan?

Jika dilihat kebanyakan pekerja yang bekerja bersama adalah di kalangan orang yang melancong sambil bekerja atau lebih dikenali sebagai ‘backpackers’. Ada di antara mereka berasal dari negara luar seperti negara Eropah dan tidak sama sekali dari negara timur tengah. Mereka menggunakan visa melancong sambil bekerja. Sekali pandang nampak mereka seperti orang biasa di negara asal mereka dengan perbualan yang santai dan berkereta ala-ala zaman 60-an. Tetapi pabila ditanya, mereka adalah seorang professional baik sebagai seorang jurutera, accountant atau computer analysist. Mereka datang bekerja di ladang-ladang adalah kerana ingin merasakan suasana yang berbeza, yang jauh dari hiruk-pikuk dan kesibukan di kota.

Jelas matlamat mereka sebenar bukanlah untuk mengejar wang semata, tetapi untuk mencari kerehatan dan kedamaian dunia. Bagaimana pula dengan kita dan diriku ini?

Secara umumnya, kebanyakan kita adalah wakil yang terbaik dari setiap sekolah terpilih di seluruh Malaysia. Dan secara umumnya juga, kita memiliki kelebihan tersendiri baik dari segi mental, fizikal dan disiplin diri berbanding rakan-rakan lain. Dan perkara ini disedari oleh kebanyakan pengurus-pengurus ladang yang menyebabkan mereka ghairah untuk mengambil kita bekerja di ladang-ladang mereka. Walaupun tahun ini hasil buah agak kurang lumayan kerana kerap kali hujan, tetapi para pengurus sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi hinggakan 2 kali ganda dari gaji asal. Memang ada logiknya kerana jika bekalan berkurangan harga pasaran akan meningkat.

Jika dilihat sekali imbas, perkara ini dapat memberikan keuntungan kepada kedua belah pihak. Tetapi adakah kita melihat kerugian masa yang dialami oleh kita, pemuda Islam. Jika diteliti sedalamnya, perkara ini bukan lagi mendatangkan keuntungan kedua belah pihak malah kerugian kepada kita dan keuntungan kepada golongan kufar kerana berjaya menjinakkan pemuda Islam dari baraan semangat juang Islam. Mereka berjaya memastikan masa cuti pemuda-pemuda Islam dihabiskan bukan untuk mendalami kefahaman Islam atau memikirkan tentang nasib-nasib saudara seislam yang lain.

Jadi, apakah solusi bagi permasalahan ini?

Di sini kita dapat melihat betapa peri pentingnya untuk kita memiliki matlamat dan niat yang jelas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan agar kita tidak hanyut dalam keseronokan palsu duniawi. Ini kerana matlamat hidup kita bukan dunia semata tetapi akhirat yang lebih utama. Bukan untuk meninggalkan terus pekerjaan ini tetapi bagaimana kita mengorientasikan pemikiran kita untuk menjadikan pekerjaan ini sebagai medan latihan fizikal, mental dan ruhi. Ini kerana matlamat unggul seorang Islam yang telah kita kaburi kini adalah untuk berjihad di jalan Allah.

Akhir sekali buat penutup bicara, jadikanlah Islam sebagai asas kita membuat pertimbangan dalam setiap perkara. Jangan biasakan diri untuk hanya melihat sesuatu perkara dari satu perspektif yang kita terima sahaja tetapi cubalah untuk mengkaji dan mendalami dari perspektif-perspektif yang lain. Ini kerana orang yang terbaik adalah orang yang dapat melihat sesuatu perkara dari segala perspektif yang memberi ruang kepada mereka untuk memilih jalan yang terbaik mencapai kejayaan.

Wallahua’lam.


Monday, November 3, 2008

Kadangkala, dianggap baik sesuatu perkara,
Tetapi, perkara buruk yang terjadi,
Kadangkala, dianggap buruk sesuatu perkara,
Tetapi, perkara baik yang terjadi,
Ketentuan manusia tidak sempurna,
Terhad, hanya merancang dan mena'kuli,
Ketentuan Allah jua maha sempurna,
Tempat segalanya kembali...

Janganlah kita menyombong diri,
Tidak membawa untung sendiri,
Janganlah suka menuding jari,
Tidak terfikir kesalahan sendiri,
Jadilah seperti lilin api,
Tiada suara boleh didengari,
Jadikan korban pada diri,
Tetapi seluruh kawasan mampu diterangi...

Gemilang Islam takkan terbina,
Di atas runtuhan jahiliyah hina,
Asas Islam asas mulia,
Di dasarkan iman dan takwa di hati,
Bagaikan bangunan yang gah berdiri,
Di atas tiang-tiang konkrit tersendiri,
Bukan tiang-tiang yang saki-baki...


Saturday, November 1, 2008

Intrigued

Bismillahirrahmanirrahim

In the middle of hectic preparation for exam, I click on one of my friend link on his YM status. Just a short quote but really intrigued my heart...

“For every region in which there is a Muslim saying: There is no god but Allah, and Muhammad is the Messenger of Allah.’, is our homeland, inviolable and sacred, demanding love, sincerity, and sincere effort for the sake of its welfare.” - Imam As-Syahid Hasan Al-Banna

This is the spirit of a true Muslim should have...

Wallahua'lam

Monday, October 27, 2008

Maruah diri dan agama ini

Bismillahirrahmanirrahim..

Peperiksaan semakin menjelang tiba. Dan hari ini telah masuk minggu terakhir sebelum bermulanya minggu 'Swot Vac'. Aku akui banyak lagi fakta-fakta yang masih belum diulangkaji semula. Tetapi aku gigihkan untuk menulis kali ini kerana terasa pentingnya entri ini untuk dikongsi bersama.

Ceritanya bermula begini. Setelah 14 minggu aku duduk bersama, sekurang-kurangnya 4 jam seminggu, mengelilingi sebuah meja empat segi dalam sebuah bilik yang besarnya hanyalah kira-kira 4m x 3m. Setiap kali masuk aku cuba untuk memposisikan diri supaya di kiri dan kananku adalah dari jantina yang sama. Atau pun aku mengambil posisi di hujung meja. Lebih selesa.. Pada permulaan semester aku merasakan kumpulan PBL ini akan 'lebih baik' dari segi ahlinya dan isi yang hendak dibincangkan jika dibandingkan dengan semester-semester yang lepas. Tetapi setelah minggu demi minggu berlalu, aku merasakan sangkaanku kini benar-benar meleset.

Setiap kali pertemuan pasti ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali bilik kecil itu gempak-gempita dek suara orang-orang di dalamnya ketawa. Aku pun buat-buatlah senyum sikit-sikit. Sekadar mengikut rentak mereka. Sebenarnya dalam hati ingin saja ku luahkan sambil berkata, "apa yang lawak sangat?"

Dan hari ini, satu situasi membuatkan diriku terkilan pabila seorang ahli kumpulan mencadangkan sesuatu sempena menyambut pertemuan kali terakhir untuk semester ini. "Can we bring alcohol for the next meeting?", katanya. "Wah, hebatnya dia ni", sinis hatiku. Ahli kumpulan lain senyap seketika tanpa ada yang membantah atau menyokong. Aku pun tidak terdaya untuk mengatakan tidak. Aduh...

Lantas tutor mencelah, sambil teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya. "Erm.. I, I let u decide it". Aku lega sikit kerana masih ada ruang untuk menyatakan pendapat. Ada masa lagi untuk memberikan pendapat di ruangan perbincangan kumpulan. Tidak ku sanggup kalau pada pertemuan seterusnya aku duduk di hadapan meja yang dihidangkan arak.

Aku perlu buat sesuatu agar maruah diri dan agama ini tidak diperkotak-katikkan begitu saja. Takbir!!

Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!".
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
dan kamu bukan penymebah apa yang aku sembah.
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku. (Al-Kafirun: 1-6)


Friday, October 24, 2008

"objek" itu..

Bismillahirahmanirrahim..

Ingin bercerita tentang suatu kisah yang pernah saya dengar ketika zaman muda-muda berada di bumi ini. Ketika mendengar kisah ini membuatkan fikiran tersentap merenungkan nasib diri yang selama ini leka dan tidak menyedari sesuatu berharga sentiasa terjadi pada diri.

Bayangkan jika kita sedang duduk seorang diri di dalam rumah kesunyian di malam hari hanya bertemankan komputer di hadapan. Tiba-tiba sebuah kerusi yang terletak bersebelahan dengan tempat duduk mulai terbang dan semakin lama ia terbang semakin tinggi seolah-olah tergantung-gantung di siling bilik. Kemudian kerusi yang sedang terkuntang-kanting berterbangan tanpa tali itu, mengeluarkan suatu cahaya yang terang hingga menerangi seluruh sudut bilik. Ketika itu perasaan mulai gemuruh dan ketakutan. Jantung berdegup kencang. Tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Fikiran menjadi buntu mencari sebab apa yang berlaku. Seketika kemudian keadaan kembali seperti biasa. Kerusi tadi kembali terletak ke tempat asalnya. Hati kembali tenang. Dan kita mula memberanikan diri untuk bangun dan menjenguk melalui tingkap ke langit luar. dan diperhatikan suatu “objek” di langit tinggi, tergantung tanpa tali, dan mengeluarkan cahaya menerangi seluruh bumi…

Apakah yang bermain di fikiran kita ketika itu? Apakah perasaan kita ketika itu? Kemanakah pergi perasaan takut tadi pabila melihat kejadian yang sama tetapi jauh berlipat kali ganda lebih hebat… Dapatkah kita buat perbandingan antara kuasa yang menerangi sebuah bilik dengan kuasa yang menerangi seluruh alam? Yang dapat menggantungkan objek setinggi siling bilik dengan yang dapat menggantungkan objek setinggi langit? Yang dapat menerangi buat seketika dengan yang dapat menerangi buat semalaman? Yang dapat terjadi hanya sesekali dengan dapat terjadi hari-hari?

Menggunakan pertimbangan akal yang waras, boleh jadi ada suatu kuasa sihir dapat mengangkat kerusi itu ke siling rumah sambil mengeluarkan cahaya yang terang. Tetapi apakah kita memikirkan ada suatu kuasa biasa yang dapat mengangkat suatu “objek” tinggi ke langit sambil mengeluarkan cahaya terang menerangi suatu bumi.. Sudah tentu kuasa itu memiliki kekuasaan seluruh alam ini hingga dapat melakukan sesuatu diluar kemampuan biasa makhluk…

Tetapi pernahkah kita menginsafi diri setiap kali mendongak tinggi ke langit? Mengapa terjadi begini? Apakah kita sudah biasa melihat “objek” itu setiap hari hingga menjadikan kita lali dengan kejadiannya? Dia telah mengirimkan tanda kekuasaan-Nya setiap masa tetapi kita masih lagi boleh melakukan apa yang dilarang oleh-Nya…

Marilah kita renung beberapa potong al-Quran yang menjadi petunjuk bagi orang yang benar-benar berfikir.. :

Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan (pengetahuan) Allah meliputi segalanya.. (An-Nisa’:126)

"Mereka yang mengingati Allah Swt. sambil berdiri, duduk dan berbaring seraya mereka berfikir akan ciptaan-ciptaan langit dan bumi".


Wallahua'lam..

Tuesday, October 21, 2008

Pantun

Sedikit pantun pembuka bicara memandangkan daerah ini kini dilanda suatu fenomena baru iaitu fenomena "pantun menyentap jiwa". dan pantun berikut tidak sesentap pantun-pantun dari pengkarya-pengkarya yang lain. :)

Lama sudah tidak bertandang ke laman ini,
Dek leka dengan perkara duniawi,
Kadang-kala diri ini ingin setahun bercuti,
Untuk menghafal al-Quran suci,
Apakan daya hidup realiti perlu ditempuhi,
Ketabahan dan keimanan buat bekalan diri,
Matlamat ramadhan lalu pun belum dikecapi,
Juz satu al-Baqarah belum dilunasi...

Benda baru menawan di mata,
Buat pemuas waktu sementara,
Berkorban gadai mendapatkannya,
Bila habis tinggalkan saja,
Buang sayang, masa dan harta,
Bekalan akhirat tidak diserta,
Bila tua kesal binasa...

Berbolak-balik hati manusia,
Bagai gelegak air belanga,
Buat pemuda lagi terasa,
Badan segar lagi bertenaga,
Buang sayang pada dunia,
Bekal dunia hanya berpada,
Bekal akhirat jangan dilupa...

Biar kecil walau seinci,
Tetapi ikhlas kerana Illahi,
Biar mehnah menggunung tinggi,
Tetapi hati tetap di jalan ini,
Bukan mengikut membuta tuli,
Tetapi ada matlamat agung suci,
Bukan membuat sesuka hati,
Tetapi ada manhaj tersendiri,
Bukan untuk kepentingan duniawi,
Tetapi akhirat yang kekal abadi..

Berkawan dengan tukang besi,
Dapatlah tempias panas besi,
Berkawan dengan pembuat minyak wangi,
Dapatlah hidu bau wangi,
Berhati-hati memilih rakan sejati,
Dapat menjadi cermin diri,
Berhati-hati memilih rakan sejati,
Dapat membentuk peribadi rabbani,
Berhati-hati memilih rakan sejati,
Dapat membimbing ke jalan kekal abadi...

Berpantun, pantun la juga,
Minggu peperiksaan bakal menjelma,
Bermujahadah la buat semua,
Moga dipermudahkan oleh-Nya...


Sekian,
Sekreteriat minggu pantun semelbourne...

Friday, September 5, 2008

Imam Ahmad menyebutkan dalam Musnad-nya hadits dari Abu Buraidah dari ayahnya dan
me-marfu’-kannya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam,

“Pelajarilah surat Al-Baqarah, karena mengambil surat Al-Baqarah adalah keberkahan dan
meninggalkannya adalah kerugian. Itu semua tidak bisa dikerjakan oleh ahli sihir.” Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam diam sejenak. Sabda beliau lagi, "Pelajarilah surat Al-Baqarah dan
Ali
Imran karena keduanya adalah kembang dan keduanya menaungi orang yang membacanya
pada Hari
Kiamat. Keduanya saat itu laksana dua awan atau dua bayangan atau sekawanan
burung yang banyak.
Pada Hari Kiamat ketika kubur terbelah, Al-Qur’an menemui pembacanya
seperti orang yang pucat
pasi. Kata Al-Qur’an, ‘Apakah engkau kenal denganku?’ Jawab orang
tersebut,’Aku tidak kenal
denganmu. Siapa kamu ?’ Kata Al-Qur’an, ‘Akulah yang membuatmu
kehausan di siang hari yang
panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya
setiap pedagang berjalan di belakang
barang dagangannya. Dan sekarang engkau, berjalan di
belakang semua barang dagangan.’ Lalu Allah
memberinya kerajaan dengan Tangan Kanan-Nya,
keabadian dengan Tangan Kiri-Nya dan meletakkan
mahkota Al-Qaqar di atas kepalanya. Selain
itu, kedua orangtuanya diberi dua pakaian yang tidak
sanggup dipikul oleh dunia? Kedua
orangtuanya bertanya, ‘Apa yang menyebabkan kami diberi pakaian
seperti ini?’ Dikatakan
kepada keduanya, ‘Kalian berdua diberi pakaian seperti ini karena anakmu
berpegang teguh
dengan Al-Qur’an. ‘Dikatakan kepada anaknya, ‘Bacalah dan naiklah menuju tangga
syurga
dan mahligainya. Ia naik ke atas selagi menghafal Al-Qur’an atau membacanya dengan tartil’.”

Monday, September 1, 2008

Ramadhan oh ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat lagi kita diketemukan dengan Ramadhan yang mulia. Bulan yang di dalamnya terdapat seribu satu kelebihan. Bulan yang difardukan ke atas setiap muslim yang mampu dan cukup syarat untuk berpuasa. Bulan di mana setiap amalan digandakan pahalanya. Bulan syaitan dibelenggu. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Setelah setahun Ramadhan yang lalu berlalu, ditemukan kembali dengan Ramadhan yang baru. Pertemuan ini secara sedar atau tidak merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya kerana diberikan lagi kesempatan untuk meraih segala kelebihan yang terdapat di dalamnya.

Setelah setahun hidup seharian berlalu dengan rutin yang tetap sebagai tipikal seorang pelajar. Masa cuti, cuti. Masa main bola, kena main bola. Masa buat assignment, kene buat assignment. Masa study, kena study. Masa exam, kena study lagi. ish3x...Kadang-kala diselang-selit rutin seharian itu dengan dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak. Kadang-kadang lupa untuk memikirkan tentang saham yang akan dibawa ke akhirat kelak.

Dengan kesempatan ramadhan al-Mubarak (yang Barakah) merupakan masa yang ideal untuk keluar dari rutin seharian yang tipikal. Bulan ini haruslah dijadikan sebagai bulan mentarbiyah diri menjadi yang lebih baik. Bulan untuk memperbaiki diri dengan taubat Nasuha. Bulan meningkatkan kualiti ibadat untuk mendapatkan khusyu'. Bulan meningkatkan kuantiti ibadat dengan pelbagai ibadat sunat seperti berterawih, bersedekah, membaca al-Quran dan berqiamullail. Bulan membakar kembali semangat juang Islam dalam jiwa setiap muslim sepertimana termaktub dalam sirah Islam terdahulu. Agar apabila keluar dari bulan tarbiyah ini, akan menjadi seorang yang benar-benar bertakwa kepada Allah.

"Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah : 183)

Tidak usah berfikir panjang lagi, rebutlah peluang yang ada dalam bulan ini. Tanamkan azam dan sasaran untuk mencapai sesuatu yang dapat meningkatkan kualiti diri ke arah takwa. Semoga bekalan takwa hasil tarbiyah ramadhan kali ini berkekalan hingga ditemukan ramadhan yang akan datang.

Wallahua'lam.

Tuesday, August 12, 2008

Tram is where you can see...


Bismillahirrahmanirrahim..

Would like to spent this little time to share about what i'm thinking. This kind of situation reminded me to my father who always attentively listening to what i'm mumbling about of what i'm thinking especially when in the way back from the school while he was driving or while we're lepaking during the late night tea break..at least i did not make him fall asleep while driving..

Lately i used to catch a tram to go anywhere around melbourne. maybe for students using tram everyday cost quite a lot of money and it is not so healthy as means of bicycle is more relevant and good for the body.
But to some extent i have heard that using tram is not good because will be seeing a lot of forbidden things such as women unveiled and etc. erm.. for me is not really the case. the main thing is how own self reaction and how own self control when facing the forbidden thing that reflect iman and taqwa in heart. there is thought to put down the gaze, and not sitting with people opposing gender. i'm far more easy to just stand at the back most of the tram looking to surrounding while listening to something or reading something rather than having a sit with opposing gender. and there is also thought to change using the hand if possible, if not, using the mouth, if not, using the heart and it is the lowest level of iman. but, if straight away band the use of tram, so that, we have to use a car or a bicycle or a pair of legs as a mean of transportation. since i got a free monthly zone 1+2 ticket from my newhousemate. so, i have to get as much benefit out of it.

The crust of today's topic is about the values that can be extricated from the tram. it include various aspects as follows :

Tram is where you can see multicultural ethnic together
There was one situation happened today while I was on the way to have one round jog at the park. when i climbed up the tram i saw a man whose like so similar with one of my friend who currently living nearby my house. without hesitation i took a sit beside him and took off my right earphone and glanced at him with a warm smile. "from malaysia?" i repeated once again "from malaysia?" he replied "no,no i'm from nepal". I was taken aback for a while because previously i was 60% confident that he was malay. if not from malaysia must be from indonesia. since then i realized there was also people assembling malay's countanence outside malay peninsular. to make things not so obvious i kept asking him questions and some time there no space for him questioning me. but what i realized that he was desperated with dense population and hectic life back in his country. other than that i asked him whether nepal has any seas surrounding but he answer no. and he asked me back is there malaysia has any seas and i replied "yea malaysia is surrounded by seas.." haha.. What is important here melbourne is consist of multi ethnic groups of people not only 3 but there are many. but still can have a peaceful environment.

Tram is where you can see the real accountability
This can be look at the tram driver. usually the tram track is shared with vehicles road in the middle. so, whenever the tram stop at the station it will flash signals to instruct vehicles from the back to stop to allow the passengers take off. but sometime a few 'stubborn' driver just not follow the rule. this induce the tram driver to become angry that he will ring the bell many times and if the driver is so brutal he will go out from his driver's sit and yell to the driver. This shows that the tram driver is very responsible for his passengers. Other situation is when the tram is about to move and already close the door but one passenger is about to catch the tram and if he is lucky the driver will open the door.. this situation does not always happened that i can estimate 6 out of 10.

Tram is where you can see the real punctuality
Tram might arrived on schedule as what have determined in the schedule chart. Sometime the tram was earlier than the scheduled time. This also has to do with accountability because there are schedule to be followed. not at certain other countries, there are not even have the schedule for passengers to plan their journey.

Tram is where you can see the honourship
People were silence inside the tram. Into some extent, i've been once watch a guy with slurred speech, flickering hair with some smell of alcohol pouring out of his mouth, maybe he was just 'drink' too much. he asked a girl sit in front of him of what she was hearing to. and the girl replied in a gentle manner that she was hearing to some kind of music. and he just noded "yup, yup" and requested to hear for a while of what she was hearing to. and again the girl cooperatively give one side of her earphone to him. He listened for a while to the music and then pass it back to the girl and appraising her for the music. SO, what can be grasp here is not the alcoholic man,but is the serenity, safety and calmness manner that the girl show. her manner actually represent of what other people in melbourne are thinking. So, reflecting to my beloved country.. a women who went shopping in the middle of hectic KL was too scary to keep her hand beg even though already graping it in tight cuddle.

Tram is where you can see the accuracy
When u're waiting at the tram station especially at the station where there is no real station, just a shoulder-height rail of steel dividing the road and the track. But the architectural design and engineer that build these were very accurate that there have just nice a space for people to wait for the tram without worrying be toppled down. As far as i concern there was no news about people being hit by the tram but the collision between trams i had heard twice. other than that, the tram will not move so close together with the front tram as the driver try to keep a distant that are safe to make any emergency break. Why not so much accident involving tram occuring here? is that because of the wage for tram driver is more expensive than the wage of a doctor in malaysia? i have no idea...

Tram is where you can see the sense of helpfulness
I myself have been once help a mother to carry her baby's trolley (do not know the name of this thing) down the tram because i've seen other people do it before. this is a reflex not a non-spontaneous action..huhu

Tram is where you can see the value of time
People inside the tram were not just doing nothing but they might read a novel, newspaper or any other readable materials. Some people deliberately left their finished-reading newspaper on the sit, so that the incoming people who are interest to read can take the advantage of reading a free newspaper. For example is me.. haha

Tram is where you can see a neat transportation system is organized
The tram system around melbourne is mainly designed to connect people in the suburbs which usually take around half an hour journey from the Central Business District (CBD). The suburbs located far away which usually take more than half an hour journey was connected via the trains. Amazingly this system have been invented about a century ago but until now it can still very well accommodating its passengers. Besides, this very well integrated, organized transportation system ensure that all the people living in Victoria were exclusively connected regardless which suburbs they were living in. So that from this we can see that there is no discrimination or unjustification exerted on the melbourne people.

Until now.. I hope can get the most benefit with a free monthly zone 1+2 ticket which will expire soon on 20/8.. thanx to my newhousemate...

Wednesday, August 6, 2008

Membina angka satu

Bismillahirrahmanirrahim..

Tertarik kali ini untuk menulis tentang bagaimana ingin membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam masakini. Perkara ini tercetus setelah mendengar kuliah selasa yang disampaikan oleh seorang rakan di suatu bilik terpencil berdekatan Universiti...

Mungkin bagi yang pertama kali mendengarnya terasa pelik dengan apa yang dimaksudkan dengan angka-angka satu. Bagi memudahkan penerangan, pernahkah kita mendengar hadis nabi yang bermaksud :
"Akan datang suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa (selain umat Islam) bersatu akan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!, apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu?.Rasulullah menjawab : "Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai (majoriti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih lautan yang di bawa oleh arus air. Allah telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut dari kamu dan Allah mencampakkan perasaan 'wahn' ke dalam hati kamu. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!, apa yang di maksudkan 'wahn' itu?. Rasulullah s.a.w. menjawab : " Cinta dunia dan takut mati. "
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Jadi apa yang dimaksudkan dengan angka-angka satu ialah bagaimana untuk membina seorang individu muslim sejati yang dapat menggantikan buih-buih lautan sepertimana yang digambarkan dalam hadis di atas. Angka-angka satu yang mewakili individu muslim sejati yang menjadi batu-batu kepada pembinaan sebuah Keluarga, Masyarakat, Negara dan Daulah Islam.

Jika dahulu, semasa seorang sahabat bernama 'Amr bin 'Ash ingin membuka Mesir dan mendapat bantuan ketenteraan dari Rasullullah berjumlah 3000 orang tentera. Tetapi apa yang 'Amr bin 'Ash sedari, bantuan ketenteraan yang dikirimkan Rasullullah itu hanyalah 2001 orang tentera. Kerana 1 dari mereka itu telah mewakili 1000 orang tentera. MasyaAllah.. bagaimana kuatnya seorang sahabat ini..

Jika dahulu ada seorang sahabat yang dapat mewakili 1000 orang tetapi kini adakah setiap umat Islam kini dapat membina angka satu daripada beribu tentera tersebut. Jika tidak satu adakah setiap umat Islam telah berjaya mencapai separuh dari satu itu. Untuk dikira, hal ini sememangnya subjektif, tetapi apa yang penting ialah apakah langkah yang telah diambil oleh setiap umat Islam kini untuk membina setiap angka satu itu. dan umat Islam itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah saya, anda dan kita semua...

Menilai diri samada telah berjaya membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.

Untuk memastikan diri dapat mengisi angka satu dalam masyarakat Islam menuntut kepada pengorbanan dari diri sendiri. Pengorbanan yang menuntut dari pelbagai aspek baik dari segi pengobananan harta, duit, masa, perasaan dan yang paling utama sekali pengobanan melawan hawa nafsu. Ini kerana pengubahan dalam diri tidak akan terjadi melainkan diri sendiri yang membuka jalan untuk mengubah diri sendiri.

Jika melihat kepada sejarah Islam, proses dakwah peringkat awal Rasullullah S.A.W kepada para sahabat terdekat adalah dengan menanamkan akidah yang kuat dan mantap dalam jiwa mereka. Baginda mengajarkan kepada para sahabat agar meletakkan pergantungan dalam semua perkara hanya kepada Allah. Tiada lagi suruhan untuk melaksanakan hukum-hukum syariah seperti melaksanakan zakat, meninggalkan arak, mengharamkan judi dan sebagainya.

Setelah 13 tahun dakwah nabi saw yang menyentuh soal keimanan, akidah dan hati ini menyerap masuk ke dalam pemikiran dan perilaku para sabahat, penerapan syariat tidak menjadi suatu yang masalah. Diceritakan bahawa dengan turunnya ayat pengharaman arak, seluruh madinah banjir dengan arak-arak yang di buang. Setelah turunnya ayat hijab, kaum-kaum wanita di ceritakan menarik langsir untuk menutup rambut mereka tanpa melenggah-lengahkan sebarang suruhan. Dengan kata lain, dengan kalimah ini tertegak di dalam hati mereka, tidak ada lain terpancar di bibir dan perbuatan mereka melainkan kalimah: Sami’na wa ata’na (Kami dengar dan kami patuh).

dan seharusnya pada masa sekarang ini pun proses pembinaan angka-angka satu hendaklah bermula dengan memfokuskan kepada keyakinan, keimanan dan akidah yang mantap dalam diri. Tidak usahlah jemu untuk sentiasa memperingatkan dan mengulang-ulang tazkirah atau pemberitahuan tentang prinsip takwa kepada Allah agar hati-hati yang selama ini keras dapat dihentak dan cair agar dapat disisipkan ruh keimanan sejati dalam jiwa.

Proses pembinaan iman dan takwa dalam jiwa adalah penting sebagai batu loncatan membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam. Jika proses ini tidak dilalui dan diuji dan hanya terus melompat ke tahap seterusnya maka, kemungkinan besar akan terjadilah "kepincangan" dalam proses membina angka satu tersebut. Dalam mengelakkan hal ini berlaku, pemahaman dan ketakwaan berasaskan Islam memainkan peranan yang penting.

Ingin saya memberi beberapa contoh, seseorang sangat sibuk menelaah pelajaran baik ilmu sekular atau ilmu agama hinggalah larut malam. Tetapi apabila azan suboh berkumandang, tiada daya langsung untuk melawan berat sehelai selimut untuk bangun dan bersegera ke masjid. Melihat perkara ini berlaku kadang-kala saya ingin tertawa dalam hati...

Orang-orang yahudi telah mengkaji psikologi umat Islam terlebih dahulu sebelum mereka memper"apa-apa"kan umat Islam. Mereka dapat menganggarkan bilakah masanya detik kegemilangan umat Islam akan kembali dengan hanya melihat kepada jumlah orang Islam yang bersolat jemaah Suboh di masjid. Jika jumlahnya sama dengan jumlah jemaah yang bersolat jumaat, maka telah tibanya masa kebangkitan Islam. dan mereka pun akan mengibarkan bendera merah tanda untuk berhati-hati. Tetapi umat Islam kini masih tidak mengerti.. Siapakah umat Islam itu?? hanyalah saya, anda dan kita semua...

Rasanya banyak lagi pelajaran yang belum habis dibaca memandangkan akan ada 2 "test" pada Isnin depan. Diharapkan sedikit luahan rasa hati ini dapat menjadi iktibar dan dapat diambil langkah sewajarnya agar hasrat membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam akan terlaksana. InsyaAllah..

Wallahua'lam...

Monday, July 28, 2008

Miracle of the first touch...

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah all praises due to Allah the Most Generous and the Most Merciful. Heaps of thankful due to Allah that make my life always on His right path. I felt grateful to Him that give easiness and enjoyment in all the things happened surrounding me in every seconds of life. As if I was the most fortunate creature ever created by Him... astaghfirullahala'zim...

Reflecting on all those great pleasurable moments, sometimes made me ponder whether they're actually true blessings or just as a test from Him. these triggered me to always meticulously aware of every deeds I do.

This was the first entry I wrote in other language. Hope this very first entry is not very bad as I can frankly speaking I was not a good English language communicator or writer. But why not give it a try? Who knows the miracle of the first touch.. I hope could finish writing in 30 minutes time before start studying the last week lectures that already an inch thickened.

Writing something like a diary in english reminisce me to the old sweet days when I was in a school somewhere in Klang. There was my english teacher Miss Norlini been not only as a regular teacher to me also been an intensive tutor to me especially one month prior to the examination. She was the one who chased me all the time asking me to submit an essay to her. But, if not because of her chased me around, urged me to write an essay which I put the least priority compare to all the other 10 subjects, all the feelings and things happened to me nowadays might somehow be different. Because what came out in the examination was almost exactly what she told me to do. A bounty of thanks I expressed to her. Perhaps she didnt know that I was expressing my gratitude to her but hopefully my prayer of her sakinah might reach Allah answer.

Actually what I want to write is what had made me feel happy until this very moment. I felt an urgency to write it down as it was something that I could appreciate it more whenever I lost this kind of happiness. The very current thing that make me happy was :

1. I had a new hair cut after 5 months letting it grow with utmost nice grooming. Adding the sweetness to it was the barber. is my housemate who gave me the greatest haircut. thanx to him. may his internal desire to be an orthopaedic surgeon become a reality soon. I pray for his success in that field.

2. I got new PBLmates for this semester that seem more cooperative and not so aggressive. Apparently, my group had excess member by 1. Usually it only 11 people in a group. I didnt really bother about it. For me excess by only 1 doesnt really matter as it can put more issues to be discussed. From statistics, the better the PBL group come out with the solution during the discussion the better the results that the members of the group get. Adding to that the tutor for the group was also a histology lecturer that I fond of during the first and second semester. What a pleasure had been granted to me. Alhamdulillah..

3. I got two new housemates. One will venture the rest of the medical course with me and other one is only temporary (i guess) because he is already working. So, sum-up currently there was 4 members in the house. The number should be 5 actually but 1 have been run out of the house for whatever reason remained mysterious. Still there was advantage as the rent could be divided by 4 instead of 3. May the ukhwah beaded nice and strongly through every day life we spend togetherness.

4. I pass the supplementary exam for HP. For the second time in my life I failed in subject I undertook. The previous one was during preparatory education in Banting which I failed Pure Mathematics subject in the 3 semester. During that time it didn't really bother as the marks didn't count for the final examination. But, failing to meet hurdle marks for HP subject could send me home to rest for 6 months and repeat the whole 3rd semester next year. Could not imagine how I might resist to that can of test.. but alhamdulillah I got it passed. it give me new spirits to strive even more for this neurological semester and the rest of the courses. A lot of lacking holes I have been identified during the last semester that determined me to paste it up with a victorious glory.. insyaAllah..

5. I managed to complete my 29th juz hafazan of al-Quran. Now i'm in progressing to remember back the 30th juz hafazan that once I remembered during my preparatory studies and during the first year. Hope by the upcoming ihtifal, managed to grasp both juzes in great memory. InsyaAllah..

6. For the frist time ever, I chaired a ceremony for a day long.(not actually a day but from 9.30 am to 5.00 pm). at first was a bit scared with chilling down my spine but I reprimand myself to always keep calm because I just learned that what make me feel nervous was the inability to control part of the brain called cerebellum. (this lecture was given by the lecturer the one that I fond of. that make me remember every single words came out from his mouth). The cerebellum part of the brain control things I plan to do with what i'm doing. Failure to control the cerebelum resulting in clumsiness. Then I think if I could take this in control so, everything would goes smoothly as what had been planned. Alhamdulillah the ceremony went well as what I reckon. Thanx for the knowledge from Dr. Collin Anderson.

Until here, I have to stop writing. its already over half an hour. may the things I perceived would sprouted into a better flower. may tomorrow be better than today..

wassalam...