Setelah sekian lama tidak menulis... dan entry kali ini merupakan yang pertama setelah 11 hari berlalu dalam bulan Masihi Ogos... terasa kehilangan sesuatu jika semakin hari semakin meninggalkan penulisan ini kerana ia mempunyai suatu macam kuasa yang dapat menrefleksi keadaan diri sendiri... bukan untuk mengagungkan kuasa itu tetapi ia menjadi suatu wadah untuk merenung, menilai dan memperbetulkan diri ke arah pembaikan dari hari demi hari...
Sepanjang dua minggu lepas pelbagai perkara telah berlalu... telah berkali-kali mencuba untuk menukilkannya dalam beberapa ketika sepanjang tempoh yang lepas tetapi pelbagai alasan membantutkan harapan murni itu... tambahan pula, telah 2 kali berjanji dengan saudara Hilman tetapi tidak ditunaikan... adus... terasa bagai telah menipu pada diri sendiri... tidak suka perasan serba-salah ini menguasai diri... kerana ianya berkait rapat dengan hubungan dengan Maha Pencipta... kerana Allah tidak suka orang yang tidak melakukan apa yang diperkatakannya...
Beberapa perkara signifikan telah berlaku sepanjang tempoh 2 minggu lepas... antaranya ialah menghadiri Seminar Usul 20, kehilangan seorang sahabat yang telah kembali ke Malaysia, dan kenyataan Abang Ikhwan tentang rumahku berada di bawah paras "poverty level"... Sedikit sebanyak peristiwa-peristiwa ini dapat meninggalkan pengajaran dalam hidup ini...
Seminar Usul 20 diadakan selama 2 hari yang diketuai oleh Saudara Nazri Ab Kahar... Pembentang pada hari pertama ialah saudara Muadz Mohd Zain bersama saudara Firdaus Sabturani manakala pada sesi kedua ialah pembentang jemputan dari Mesir iaitu Abang Sobri dimana kedatangan beliau ke Melbourne menjadi lebih bermakna dengan menyampaikan pembentangan ini... Usul 20 merupakan suatu kerangka yang di gubah oleh As-sayyid Imam Hassan al-Banna untuk menjadi suatu cara bagi umat Islam ketika itu dan pada masa selepas beliau, untuk memahami Islam dengan lebih jelas... Ini kerana Hassan al-Banna melihat pengaruh Sekularisme telah menghantui segenap aspek kehidupan umat Islam sehinggakan umat Islam mengganggap adalah mustahil untuk melakukan sesuatu perkara mengikut ajaran Islam sebenar... untuk menangkis kesalahfahaman ini dari terus meruncing, Imam berpendapat perlunya suatu model yang dapat membaiki pemahaman setiap umat Islam dalam memahami agama mereka dan akhirnya segalanya termaktub di dalam Usul 20... ini tidak bermakna terdapat hanya 20 perkara sahaja di dalam Islam malah lebih dari itu dan 20 perkara ini ialah perkara asas yang dilihat oleh Imam sebagai jalan untuk mempermudahkan umat Islam bagi memahami Islam... dan tujuan utama Seminar Usul 20 ini diadakan adalah bermatlamatkan memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai Islam kepada pelajar-pelajar agar setiap perbuatan yang dilakukan samada ibadat yang khusus atau umum atau perbuatan seharian lain yang bukan ibadat, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNya kerana dilakukan dengan pemahaman yang jelas... ini kerana kelebihan itu bukan diukur dengan banyaknya pengetahuan & amalan, tetapi ia diukur dengan sejauhmana ia bertepatan dengan kefahaman yang sahih lagi sejahtera...
Semoga setiap orang yang menghadiri Seminar Usul 20 ini mendapat pemahaman yang berguna dan dapat diimplementasikan dalam kehidupan seharian...
Saturday, August 11, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)