Aku tidak ingin menunggu lama untuk menulis entry ini kerana takut-takut segala yang diserap selama 2 malam penuh bermakna dan bersejarah di PortSea Camp tidak dikikis oleh waktu yang berlalu. Aku takut apa yang diwarwarkan yang juga harapan menggunung saudara Amal Asrul dalam masa 20 tahun lagi tidak menjadi kenyataan dek kerana tidak menulis entry ini. Aduss.. Walau semarak api keazaman semakin malap, setidak-tidaknya ia dapat menjadi peringatan pada masa mendatang. Tak pun menjadi kenangan dalam ingatan. Wallahua'lam..
Sebenarnya, aku amat merindui dan menghargai setiap detik sepanjang dua malam yang lalu. Ianya seakan-akan mengimbau kenangan penghidupan yang pernah kulalui 5 tahun lalu. Aku rasa bersyukur kerana dapat kembali merasai nikmat kebersamaan dan lebih memahami dan menghargai setiap detik yang berlalu. Ia menjadi lebih berharga jika setiap detik dapat dinukilkan didalam entry ini untuk tatapan dan rujukan di masa hadapan.
Terletak di kawasan sedikit tinggi dengan berlatar belakangkan lautan meluas, langit membiru dan cahaya mentari yang menembusi celahan awan cukup untuk menggambarkan betapa indahnya alam ciptaan Allah disitu; membuatkan diri memuji kekuasaanNya. Udara yang nyaman dan bumi yang menghijau menjadi saksi perkumpulan. Bermula pada penghulu segala hari menjadi suatu rahmat (bak kata syifaq) semoga perjalanan program sentiasa diberkati.
Kehadiran penceramah jemputan Ustaz Abdul Halim memang bertepatan dalam usaha menyemai benih-benih tarbiah dalam diri setiap peserta. Aku amat kagum dengan keperibadian Ustaz Abdul Halim. Sejak dibangku persekolahan lagi beliau telah menyimpan hasrat untuk mendalami ilmu agama di Universiti Al-Azhar. Tetapi, malangnya beliau tidak menemui jalan yang sebenar untuk ke sana. Sebaliknya, pada 1985 beliau mendapat rezeki untuk menyambung pelajaran di University of Queensland, Australia dengan hanya menggunakan result trial SPM. Sungguh hebat. Tetapi semangat lama masih membara dalam jiwa beliau. Setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, beliau segera memasuki matriks di Kedah bagi menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar. Setelah 8 tahun menuntut ilmu di sana beliau kembali ke tanah air, bagi menyurahkan kembali ilmu kepada generasi muda. Beliau juga telah menghidupkan kembali AUSSIS (Australian Student Alumni Association) untuk menjadi suatu platfom bagi menghubungkan kesemua pelajar-pelajar lepasan universiti-universiti di seluruh Australia bagi menjalankan usaha-usaha dakwah kepada pelajar-pelajar sekolah, pelajar pra-universiti dan pelajar universiti seterusnya masyarakat dan negara. InsyaAllah..
Pembentangan pertama bermula dengan tajuk Imaniyat Australia. Ianya berkisar tentang sifat-sifat positif yang dapat diambil daripada masyarakat di Australia yang selari dengan ajaran Islam. Sifat kemanusiaan; tidak mementingkan diri sendiri yang tinggi di kalangan rakyatnya tidak mengira kedudukan menjadikan mereka maju. Tiada seorang pun daripada rakyat mereka hidup miskin, hatta bekerja sebagai cleaner sekalipun dapat menampung kehidupan sebuah keluarga dengan sempurna. Sifat accountability (kebertanggungjawaban) para pemerintah amat tinggi sehingga rakyat yang menjadi hakim bagi memilih parti mana yang layak memerintah rakyat. Budaya membaca berleluasa dalam masyarakat Australia sehingga di mana sahaja mereka berada; dalam tram, dalam tren, tram station, Melbourne Central, Spencer St, sentiasa ada buku disisi; Seolah-olah mereka mengimani ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dari segi masa mereka amat menepati masa. Tiada lecture yang bermula dan tamat seminit lambat atau cepat; seolah-olah mereka mengimani apa yang dimaksudkan dalam surah Al-'Asr. Mereka berjalan laju seolah-olah meniru cara berjalan Rasulullah SAW. Sifat jujur mereka dengan meletak duit tanpa disuruh ketika mengambil surat khabar yang ditinggalkan di jalanan di Brisbane seolah-olah mereka takut akan adanya seseorang ghaib yang mengawasi perbuatan mereka. Terdapat juga banyak tempat-tempat menarik di seluruh Australia yang dapat dijadikan pengajaran bagi manusia yang berfikir.
Di sebelah malamnya, kami disajikan dengan persembahan menarik daripada pelakon-pelakon berbakat dari seluruh Melbourne yang berkisar tentang rancangan-rancangan terperinci pihak zionis dalam merampas tanah Palestin dan seterusnya menguasai dunia. Mesyuarat sulit pemimpin-pemimpin tertinggi zionis di dalam suasana gelap dipengerusikan oleh saudara Nik Ahmad dengan suaranya yang menzahirkan kejahatan terpendam dan empat ahli tertinggi teridiri daripada saudara Amal Asrol, Hiqbal, Md Noor dan Abang Ikhwan; yang masing-masing mempunyai misi tertentu yang perlu dibentangkan kepada pengerusi Sidang Sulit Zionis. Tidak kurang hebatnya pelakon-pelakon pentas yang mempersembahkan lakonan mereka dengan beberapa watak dominan seperti Che Din, Abang Syifaq, Ayah Afzal, Adik Nazri, Anak Ridhuan, Abang Fikri, Abang Naim, Penyokong Hafiz dan lain-lain lagi. Sebuah puisi Palestin turut dideklamasikan oleh saudara Farif sebagai penutup.
Apa yang lebih penting daripada persembahan tersebut ialah mesej yang cuba disampaikan seperti kesedaran umat Islam tentang isu palestin sebagai isu umat yang wajib bagi setiap muslim ambil tahu kerana kepentingannya;palestin adalah tanah Islam, kiblat pertama umat Islam, rumah suci ketiga umat Islam, bumi anbiya' dan juga menjadi bumi para sahabat. Palestin penting dari segi geografi kerana terletak di tengah-tengah bangsa Arab Afrika dan Arab Asia yang menjadi jambatan penting kepada perpaduan umat Islam. Kekuasaan terhadap Palestin melambangkan kekuasaan sebuah kuasa menguasai dunia. Disamping kekayaan muka buminya dengan sumber asli. Kisah Umar al-Khattab yang memasuki Palestin dengan berjalan kaki sambil menarik seekor unta dengan seorang budak duduk diatasnya membuatkan Panglima Kafir menangis semasa menyerahkan kunci kekuasaan kepada Khalifah Umar kerana Kerajaan Adil yang akan dipimpin beliau akan berkekalan dengan panjang.
Dan apakah peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang pelajar untuk membantu umat Islam di Palestin? Perkara utama sekali ialah dengan memperbaiki dan memperkasakan diri sendiri dengan memahami ajaran Islam sebenar selari dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah ke arah melahirkan muslim yang sejati. Dengan berbekalkan keyakinan bahawa hanya dengan Islam sahaja, musuh-musuh Islam laknatullah dapat dikalahkan. Pendeta Israel sendiri megkaji, mentakuti dan mengakui bahawa apabila bilangan umat Islam yang keluar solat suboh berjemaah di masjid menyamai bilangan yang solat Jumaat maka telah tiba masanya Islam akan berada di atas. dan kaedah memboikot juga mempunyai impak yang besar terhadap syarikat-syarikat penyumbang dana kepada yahudi. Sebagai contoh negara Denmark kerugian sebanyak 1 billion US dollar sehari apabila negara-negara arab memboikot produk kejunya sebagai tindak balas kartunis negaranya menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW. Bayangkan sebelum itu, umat Islam menyumbang 1 billion dollar setiap hari kepada bangsa kafir yang akhirnya akan digunakan untuk menyembelih umat Islam di Palestin. Alangkah ......nya kita..
Pembentangan ketiga bertajuk Ghazwatul Fikri dan Kepentingan Tarbiah. Orang-orang kafir telah lama memikirkan bentuk serangan yang paling berkesan terhadap umat Islam dari zaman kegemilangan Islam lagi. Sejarahnya bermula apabila Raja Louis ke-9 dari Perancis (kalo x silap) telah ditangkap dan dikenakan hukuman kurung rumah di sebuah bandar di Mesir. Ketika itu, dia melihat perjalanan kehidupan setiap umat Islam yang mengikut landasan al-Quran dan as-Suunah. Beliau melihat dan meniliti setiap gerak geri umat Islam dari tingkap rumah dia dikurung. Setelah dia dibebaskan dengan wang tebusan oleh isterinya, dia kembali ke negara asal dan menulis sebuah buku yang dapat mengalahkan umat Islam melalui serangan pemikiran dan ideologi. Buku tersebut telah menjadi inspirasi kepada pemimpin kafir seterusnya untuk menjatuhkan umat Islam. Matlamat utamanya ialah untuk merosakkan akhlak, melarutkan syahsiah dan memurtadkan umat Islam dan memastikan umat Islam memberi walak kepada orang kafir. Itu merupakan serangan secara halus yang tidak nampak melalui peluru-peluru hidup, muncung-muncung senapang, kereta-kerata kebal dan juga pesawat-pesawat tempur. Mereka dengan mudah menyebarkan budaya-budaya yang menyebabkan pemuda-pemuda Islam hanyut dalam kepuasan sementara yang bersifat menipu dan merugikan di dunia dan akhirat. Mereka dengan mudah membawa masuk senjata 5S; Sport, Sex, Scrin, S......, S...... (dah x ingat 2 lagi) yang mampu melalaikan pemuda Islam dari memahami ajaran agama sebenar. Na'uzubillah..
Perkataan "tarbiyah" yang selalu didengari kadangkala difahami hanya dengan proses pembelajaran secara formal di sekolah, kolej dan di universiti. Tetapi sebaliknya maksud tarbiyah mencakapi didikan dari aspek jasmani, mental dan keimanan. atau dengan lebih tepat lagi ialah aktiviti yang diprogramkan, untuk merubah dan meningkatkan pengetahuan dan keperibadian seseorang dan kumpulan ke arah mencapai keperibadian mulia dan ke arah Generasi Islam Pertama. Tarbiyah bukan hanya meliputi masa pembelajaran formal sahaja tetapi meliputi setiap detik kehidupan. Dengan itu terdapat beberapa jalan-jalan tarbiah seperti usrah, riadah, qiamullail, winter camp, winter trip, bbq, perbincangan bersama dan lain-lain lagi. dan kesan-kesannya dapat memberi impak besar kepada pembentukan individu muslim sejati yang seterusnya dapat membentuk keluarga, masyarakat, negara dan Khilafah Islam. Antara kesan baik tarbiyah ialah memberi faham yang sahih, kehidupan yang baik, keluarga berjaya, bersungguh dan ikhlas dalam perjuangan, sanggup berkorban, istiqamah dan proakftif.
"Neraka itu dikelilingi benda yang disukai dan syurga itu dikelilingi benda yang tidak disukai"
Pembentangan terakhir berkisar tentang perbezaan di antara ijazah dan risalah. Ustaz Abdul Halim memulakan dengan memuji pembentangan video yang telah ditayangkan sebelumnya yang telah menyentuh beberapa isi-isi yang hendak beliau sampaikan. Sungguh hebat kepada orang yang menghasilkan video tersebut. tahniah.. Kemudian ustaz memulakan dengan memberi analogi perbezaan ciptaan malaikat dan manusia. Malaikat telah diciptakan lebih lama terlebih dahulu daripada manusia tetapi tiada apa perubahan yang berlaku di muka bumi. Kemudian, Allah menciptakan suatu makhluk untuk dijadikan khalifah yang dapat memakmurkan bumi iaitu manusia. Malaikat diciptakan dengan api manakala manusia daripada tanah. Malaikat sentiasa bertasbih memuji Allah manakala manusia tidak sentiasa bertasbih memuji Allah. dan setiap ciptaan Allah itu mempunyai tujuan. Ada sesetengah manusia yang melakukan kebaikan di muka bumi dan ada juga yang melakukan kejahatan. dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kemudian analogi pembahagian infiniti, dimana bumi disimbolkan dengan apa sahaja nombor yang dapat dikira manakala akhirat disimbolkan sebagai infiniti. dan apabila dibahagi akan menghasilkan sifar (0). Begitulah analogi kehidupan manusia di muka bumi yang tiada nilainya sedikit pun disisi Allah. Jika dunia ini bernilai di sisi Allah nescaya Allah telah menurunkan bala secara terus kepada sesiapa yang mengingkariNya.
Untuk mendapatkan risalah seseorang haruslah memperjuangkan agama Allah sehingga tertegaknya resolusi penubuhan negara Islam. Ganjaran orang yang memperjuangkannya tiada tolok bandingnya iaitu Syurga Firdaus bersama nabi dan para sahabat. Buat masa sekarang analogi mudah yang dapat dilihat adalah semasa peperangan Afghanistan menentang kuasa dunia Soviet Union semasa era 80-an. Pejuang-pejuang Afghan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar dan negaranya hanyala kecil jika dibandingkan dengan Soviet yang berkali-ganda besarnya. Tetapi mereka mampu menang. Oleh itu, apatah lagi jika sebuah negara Islam yang pasti mampu mengalahkan kuasa besar seperti Soviet pada masa itu dengan lebih mudah lagi. AllahuAkbar...
dan sebenarnya banyak lagi yang boleh dibicarakan daripada kem selama 2 malam lalu. tetapi apakan daya kelemahan diriku ini yang lalai dan mudah lupa menyebabkan ianya tidak dapat diserap dan dilarutkan sepenuhnya dalam darah badan yang mengalir. akhirulkalam semoga mendapat pengajaran dan iktibar dan insaf dan mengorak langkah baru ke arah membina diri muslim sejati...
Sunday, June 24, 2007
Tuesday, June 19, 2007
Kerana Manisnya Ukhwah
Genap empat bulan masa berlalu,
Masa berlari sepantas peluru,
Tanpa sedari apa berlaku,
Hanya Allah mengawal waktu.
Melbourne menjadi bumi bertuah,
Tempat menimba ilmu Allah,
Tempat pertemuan rakan sahabah,
Tempat membina muslim muslimah,
Semoga dilimpahi dengan barakah.
Hidup kejauhan pelbagai cabaran,
Hadapinya dengan sendirian,
Ibu bapa tiada di sisian,
Rakan menjadi tempat pertolongan,
Berkongsi cerita dan pengalaman,
Semoga terubat luka kesusahan.
Ingatlah wahai teman,
Kita hidup di perantauan,
Atas nama bantuan kerajaan,
Asal duit orang kebanyakan,
Penat jerih peluh titisan,
Gelak ketawa adanya batasan,
Semoga menjadi insan pilihan.
Teman di sisi, Hargailah,
Muliakannya dengan Qaromah,
Sebarkan peringatan sebagai Dakwah,
Sanggup berkorban sebagai Mujahadah,
Sempurnakan amalan sebagai Islah,
Sentiasa mendoakan sebagai Amanah,
Kerana Manisnya Ukhwah,
Pabila segalanya kerana Allah.
Semoga mendapat Redha Allah.
~musafir lalu~
Masa berlari sepantas peluru,
Tanpa sedari apa berlaku,
Hanya Allah mengawal waktu.
Melbourne menjadi bumi bertuah,
Tempat menimba ilmu Allah,
Tempat pertemuan rakan sahabah,
Tempat membina muslim muslimah,
Semoga dilimpahi dengan barakah.
Hidup kejauhan pelbagai cabaran,
Hadapinya dengan sendirian,
Ibu bapa tiada di sisian,
Rakan menjadi tempat pertolongan,
Berkongsi cerita dan pengalaman,
Semoga terubat luka kesusahan.
Ingatlah wahai teman,
Kita hidup di perantauan,
Atas nama bantuan kerajaan,
Asal duit orang kebanyakan,
Penat jerih peluh titisan,
Gelak ketawa adanya batasan,
Semoga menjadi insan pilihan.
Teman di sisi, Hargailah,
Muliakannya dengan Qaromah,
Sebarkan peringatan sebagai Dakwah,
Sanggup berkorban sebagai Mujahadah,
Sempurnakan amalan sebagai Islah,
Sentiasa mendoakan sebagai Amanah,
Kerana Manisnya Ukhwah,
Pabila segalanya kerana Allah.
Semoga mendapat Redha Allah.
~musafir lalu~
Sunday, June 17, 2007
Peperiksaan Terunggul
Peperiksaan menjadi asbab untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.Di kala orang lain sedang nyenyak tidur di malam hari, kita sibuk menelaah pembelajaran. Di kala orang lain senang hati menghadapi hari-hari, kita risau dan gusar menghadapi peperiksaan.
Tatkala di dalam kesusahan itu kita memohon dan meminta kepada yang Maha Kuasa agar dikurniakan ketenangan dan kejayaan. dan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Dia memberikan kejayaan dan kecemerlangan. tetapi kita mudah lupa dan kadang-kala tidak menzahirkan perasaan terima kasih kita kepada-Nya. dan Sesungguhnya hanya dengan rahmat dan belas kasihan-Nyalah kita dapat mengecapi nikmat kejayaan hingga ke tahap ini.
Tatkala itu juga, tanpa disedari syaitan berusaha meniupkan perasaan bongkak dan angkuh agar ia bersemadi di dalam diri. dan jika tiada usaha untuk menidakkannya, maka hanyutlah kita di dalam kemurkaan dan kehinaan Allah. dan Sesunguhnya azab Allah itu menanti bagi orang yang tidak bersyukur. Sebaliknya, jika kita berusaha untuk menangkis segala tipu daya syaitan itu, maka kita tergolong dalam golongan yang beruntung.
Cara menunjukkan rasa syukur dengan nikmat kejayaan yang dikurniakan hanyalah dengan menjadikan diri lebih dekat kepada-Nya. Semakin tinggi ilmu dalam diri semakin tunduk diri di hadapan Allah kerana dengan ilmu dapat digunakan untuk lebih meyakini, mengagumi dan mengiktiraf setiap kekuasaan ciptaan-Nya.
Peperiksaan yang dilalui juga merupakan suatu jalan tarbiah untuk membentuk peribadi muslim sejati. Setelah hampir 14 tahun bergelumang dengan peperiksaan sekular, pelbagai bentuk persediaan dipersiapkan untuk menghadapinya. Jika niat kerana Allah diselitkan dalam setiap persediaan itu, insyaAllah nikmat kejayaan di dunia dan di akhirat akan dikecapi. Tetapi, adakah kita sedar adanya peperiksaan terunggul semasa di alam kubur kelak yang menentukan kejayaan yang kekal abadi. dan apakah persediaan yang telah dilakukan untuk menghadapinya?
Segala soalan semasa peperiksaan itu telah dibocorkan oleh 'Pemeriksa yang Maha Esa'. Di bilik kecil,sunyi dan gelap gelita; tujuh kaki di dalam tanah; keseorangan; Malaikat I'zrail menanyakan "Ma Rabbuka?... Ma Nabiuka?... Ma Kitabuka?..." Ketika itu, mulut terkunci rapi, segala anggota badan; tangan, kaki, mata, dan telinga akan menjadi bekalan jawapan. Setiap amalan walau sebesar biji sawi pasti akan dihitung dan mendapat pembalasan yang setimpal.
Hanya dengan rahmat dan keredhaan-Nya menjadi penyelamat daripada siksaan patukan ular yang mampu membenamkan tubuh ke dalam tanah. sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh juga mampu menjadi penyelamat.

Saturday, June 16, 2007
Mulakan dengan Basmallah
Salam Pertemuan...
Pertama-pertama sekali eloklah kiranya dimulakan pelancaran blog ini dengan ucapan kalimah thaibah "basmallah". Nilai keagungan kalimah basmallah ini dapat mengangkat kemuliaan seseorang di sisi tuhan-Nya. Tidak sukar kiranya setiap perbuatan dimulakan dengan "basmallah". Membaca basmallah bererti kita sentiasa ingat kepada-Nya, bergantung harap hanya kepada-Nya yang secara tidak langsung dapat membetulkan niat hanya kerana Allah, dan seterusnya membentuk peribadi mulia.
"Bismillahirahmanirahim" ; kalimah lengkap basmallah ini dapat menjadi bukti setiap amalan semasa di akhirat kelak. dan Sesungguhnya setiap perbuatan manusia di dunia ini pastinya akan dihitung dan perbuatan yang disertai basmallah kemungkinan besar dapat menjadi penyelamat dan menjadikan manusia itu seorang yang beruntung.
Hidup di dunia hanyalah sementara ibarat mencelupkan seruas jari di lautan luas yang apakan sangat nilainya jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat kelak yang kekal abadi. dan Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Apapun yang terjadi tidak terlepas dari perkiraan-Nya hatta sebutir pasir yang bergolekan di dasar lautan adalah di dalam pengetahuan-Nya. Subhanallah...
Manusia tidak mengerti sesuatupun ketika proses kejadian manusia didalam perut ibu-ibu. Allah telah mengaturkan dan menetapkan agar setiap manusia itu dikurniakan dengan sepasang tangan, kaki, telinga, hidung, mata dan satu mulut serta dilengkapi dengan otak, deria dan organ-organ dalaman dan mengiktiraf manusia sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya.
Ketika di alam rahim manusia tidak mengertai apa itu alam dunia, tetapi Allah telah mempersiapkan manusia selama 40 minggu di alam rahim untuk menghadapi alam dunia. Bermula dengan tangisan ketika mula melangkah masuk ke alam dunia sehinggalah dimasukkan ke dalam liang lahat; yang masanya kira-kira setengah abad; manusia perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi alam akhirat.
Begitulah realiti kehidupan manusia. Bezanya hanya, kehidupan di dunia manusia diberi pilihan bagaimana untuk mempersiapkan diri menghadapi alam berikutnya manakala kehidupan di alam rahim merupakan ketetapan, kurniaan Allah dan manusia tiada pilihan.
Maka, hiduplah manusia di muka bumi ini sebagaimana hidup seorang yang musafir yang sentiasa berusaha menuju ke destinasi "terulung". Amalan yang diniatkan kerana Allah dan tidak bertentangan dengan syariat akan diambil kira di akhirat dan insyaAllah syurga merupakan destinasi "terunggul" bagi setiap manusia. Amin...
pengakhiran sebuah permulaan...

Subscribe to:
Posts (Atom)