Genap empat bulan masa berlalu,
Masa berlari sepantas peluru,
Tanpa sedari apa berlaku,
Hanya Allah mengawal waktu.
Melbourne menjadi bumi bertuah,
Tempat menimba ilmu Allah,
Tempat pertemuan rakan sahabah,
Tempat membina muslim muslimah,
Semoga dilimpahi dengan barakah.
Hidup kejauhan pelbagai cabaran,
Hadapinya dengan sendirian,
Ibu bapa tiada di sisian,
Rakan menjadi tempat pertolongan,
Berkongsi cerita dan pengalaman,
Semoga terubat luka kesusahan.
Ingatlah wahai teman,
Kita hidup di perantauan,
Atas nama bantuan kerajaan,
Asal duit orang kebanyakan,
Penat jerih peluh titisan,
Gelak ketawa adanya batasan,
Semoga menjadi insan pilihan.
Teman di sisi, Hargailah,
Muliakannya dengan Qaromah,
Sebarkan peringatan sebagai Dakwah,
Sanggup berkorban sebagai Mujahadah,
Sempurnakan amalan sebagai Islah,
Sentiasa mendoakan sebagai Amanah,
Kerana Manisnya Ukhwah,
Pabila segalanya kerana Allah.
Semoga mendapat Redha Allah.
~musafir lalu~
Tuesday, June 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kreatif rupanya :D syabas.. teruskan usaha.. semoga semuanya diniatkan untuk Allah Taala.
seorang penulis rupanya awak ni..hehehe..salam dari saya..
Post a Comment