Sunday, June 17, 2007

Peperiksaan Terunggul

Peperiksaan menjadi asbab untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.Di kala orang lain sedang nyenyak tidur di malam hari, kita sibuk menelaah pembelajaran. Di kala orang lain senang hati menghadapi hari-hari, kita risau dan gusar menghadapi peperiksaan.

Tatkala di dalam kesusahan itu kita memohon dan meminta kepada yang Maha Kuasa agar dikurniakan ketenangan dan kejayaan. dan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Dia memberikan kejayaan dan kecemerlangan. tetapi kita mudah lupa dan kadang-kala tidak menzahirkan perasaan terima kasih kita kepada-Nya. dan Sesungguhnya hanya dengan rahmat dan belas kasihan-Nyalah kita dapat mengecapi nikmat kejayaan hingga ke tahap ini.


Tatkala itu juga, tanpa disedari syaitan berusaha meniupkan perasaan bongkak dan angkuh agar ia bersemadi di dalam diri. dan jika tiada usaha untuk menidakkannya, maka hanyutlah kita di dalam kemurkaan dan kehinaan Allah. dan Sesunguhnya azab Allah itu menanti bagi orang yang tidak bersyukur. Sebaliknya, jika kita berusaha untuk menangkis segala tipu daya syaitan itu, maka kita tergolong dalam golongan yang beruntung.

Cara menunjukkan rasa syukur dengan nikmat kejayaan yang dikurniakan hanyalah dengan menjadikan diri lebih dekat kepada-Nya. Semakin tinggi ilmu dalam diri semakin tunduk diri di hadapan Allah kerana dengan ilmu dapat digunakan untuk lebih meyakini, mengagumi dan mengiktiraf setiap kekuasaan ciptaan-Nya.


Peperiksaan yang dilalui juga merupakan suatu jalan tarbiah untuk membentuk peribadi muslim sejati. Setelah hampir 14 tahun bergelumang dengan peperiksaan sekular, pelbagai bentuk persediaan dipersiapkan untuk menghadapinya. Jika niat kerana Allah diselitkan dalam setiap persediaan itu, insyaAllah nikmat kejayaan di dunia dan di akhirat akan dikecapi. Tetapi, adakah kita sedar adanya peperiksaan terunggul semasa di alam kubur kelak yang menentukan kejayaan yang kekal abadi. dan apakah persediaan yang telah dilakukan untuk menghadapinya?

Segala soalan semasa peperiksaan itu telah dibocorkan oleh 'Pemeriksa yang Maha Esa'. Di bilik kecil,sunyi dan gelap gelita; tujuh kaki di dalam tanah; keseorangan; Malaikat I'zrail menanyakan "Ma Rabbuka?... Ma Nabiuka?... Ma Kitabuka?..." Ketika itu, mulut terkunci rapi, segala anggota badan; tangan, kaki, mata, dan telinga akan menjadi bekalan jawapan. Setiap amalan walau sebesar biji sawi pasti akan dihitung dan mendapat pembalasan yang setimpal.


Hanya dengan rahmat dan keredhaan-Nya menjadi penyelamat daripada siksaan patukan ular yang mampu membenamkan tubuh ke dalam tanah. sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh juga mampu menjadi penyelamat.

2 comments:

AmiE said...

Salam..

sudah malas menghafal melihat fs, ingga ke sini pula..

tumpang menitip comment ye..=)

aih..kena betul entry ini..esok hari exam, dan memang berdebar-debarlah, sedang rakan yang lain sudah habis sedang seronok bercuti..

Peperiksaan esok, pun belum cukup sedianya, apa lagi peperiksaan 'terunggul' itu..aih..

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Hidup Pengembara said...

semoga berjaya dalam peperiksaan..
sama-sama doakan kejayaan rakan-rakan..