Memandangkan masalah umat semakin meruncing masa kini, dan sedang ramai umat masih terleka dengan kesenangan duniawi hingga tidak sedar ancaman musuh semakin menghampiri, maka hendaknya ada segelintir yang sedar dan mengambil inisiatif memperkasakan diri melalui pembaikan di peringkat individu. Menambah sedih lagi pabila azan suboh di komputer-komputer peribadi berkumandang di awal pagi tiada siapa yang menyahutnya; sedangkan di situlah terletaknya salah satu kekuatan umat yang telah hilang jika kita sedari.
Seorang paderi Israel pernah berkata; "Umat Islam tidak akan dapat menawan kembali Israel jika bilangan jemaah yang keluar sembahyang suboh di masjid tidak menyamai bilangan yang sembahyang jumaat."(ayat telah di rephrase)
Jika semasa zaman persekolahan dahulu, di sebuah sekolah terpencil di suatu kampung di dalam daerah Kelang; pelbagai alternatif telah digunakan. Setengah jam sebelum azan, speaker siren bomba yang teletak hanya beberapa meter dari katil menjadi alat menggerakkan pemuda-pemuda yang sedang lena berkembara mimpi. Kemudan azan bekemundang. Tidak cukup setakat itu, ada "reinforcement" akan menyusul tidak lama kemudian. Kalo mendengar kelibat bunyi rotan maka petanda "special reinforcement" akan tiba pada pagi tersebut, maka bergegarlah setiap katil pemuda-pemuda bergegas turun ke musolla.
Tetapi, keadaan di sini sedikit berbeza dan mungkin ini hanyalah suatu bentuk ujian. Dikala azan suboh tidak berkumandang ke udara, ditambah lagi dengan cuaca dingin di kehenian pagi, panggilan kokoan ayam pun tiada, hanya iman di hati menjadi pendorong menyahut seruan Illahi. Jadi, di atas inisiatif pihak tertentu suatu "Pasukan Gerak Suboh" akan dilancarkan di apartment CS Lygon bermula pagi esok bermatlamatkan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti jemaah suboh. Pelbagai metodologi akan diimplementasikan seperti menggunakan saluran komunikasi atau gerakan dari bilik ke bilik.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerahmatan Yang Maha Kuasa. Ayuh bangkitlah wahai pemuda-pemuda Islam...
Sunday, July 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pasukan gerak subuh yang tak bergerak
Post a Comment