Tuesday, July 17, 2007

Renung-renungkanlah...

Setelah sekian lama tidak menulis, rasanya terpanggil untuk kembali menulis semula. Kadang-kala; kuasa penulisan dapat mengubati perasaan yang luka tanpa berkata-kata dan untuk memperbaiki diri sendiri. Itulah hakikat penulisan yang menjadi tempat untuk meluahkan perasaan bagi si penulis; dan mampu mempengaruhi orang yang membacanya.

Setelah lama bercuti, selama 5 minggu, alhamdulillah masanya banyak terisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat. Bermula dengan winter camp, winter cup, winter trip, ISK, dan ada lagi yang bakal menanti seperti jaulah berbasikal di melbourne dan ski trip. dan saya yakin setiap satu aktiviti itu dapat memberi pengajaran dan pengalaman baru dalam kehidupan jika dilakukan dengan niat yang ikhlas, bersabar dan faham matlamat utamanya. Aktiviti-aktiviti tersebut penting untuk membentuk peribadi muslim shumul yang bukan hanya cemerlang hanya dalam bidang akademik sahaja atau bidang yang diminatinya sahaja atau bidang yang dikuasainya sahaja; tetapi mempelajari dan menteladani sesuatu yang baru dalam kehidupan. Tetapi suatu permasalahan yang mungkin timbul adalah apakah aktiviti-aktiviti ini dapat membentuk seseorang seperti apa yang dimatlamatkan? jika tidak berjaya 100%, adakah ia berjaya melepasi paras lulus 50% ? pembentukan diri seseorang ke arah yang positif tidak dapat dilakukan dengan menggunakan cara paksaan dan kekerasan semata-mata ditambah lagi dengan dunia sekarang yang dipenuhi dengan pelbagai 'human right' dan 'privacy'; tetapi hendaklah dengan cara hikmah kerana hidayah Allah akan diberi kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki. manusia tidak arif tentang hal ini. manusia hanya menjalankan tugas untuk menyampaikan risalah. disitulah terletaknya kemuliaan tugas orang yang menyampaikan.

tetapi jika direnung kembali mengapa kadang-kala orang yang sudah lama mempelajari sesuatu 6-7 tahun, dengan kos wang yang banyak masih tidak dapat mengimplementasikan apa yang dipelajarinya. jika tidak 100%, adakah ia berjaya melepasi paras lulus 50% ? sedangkan kadang-kala orang yang baru seminggu dua baru mempelajari sesuatu, dengan kos wang yang terhad dapat menzahirkan apa yang dipelajarinya dan terus menerus meningkat hari demi hari. dimanakah silapnya?? jika di'link'kan kepada ayat Allah dalam surah Al-Imran ayat 26 yang berbunyi :

....Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.

Rasanya cukup setakat ini terlebih dahulu. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah bahawa setiap saat dalam kehidupan hendaklah di'link'kan kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah kerana akan diperolehi kebijaksanaan(wisdom) daripada berbuat demikian... wallahua'lam..

No comments: