Alhamdulillah akhirnya tamat juga penantian cuti musim bunga. Kini bermula cuti selama seminggu dan kesempatan ini diruangkan untuk menulis sedikit coretan hati yang telah lama tidak diungkapkan. Setelah seminggu melihat rakan-rakan lain telah terlebih dahulu bercuti merupakan suatu penantian yang amat memenatkan. Kesibukan pelajar-pelajar di Uni seperti hari-hari biasa tidak terasa sepanjang perjalanan ke bangunan pembelajaran. Terasa bagaikan terlalu lama untuk melalui tempoh seminggu yang lalu. Tetapi, mungkin ada sesuatu yang lebih berharga sepanjang tempoh itu. Memang lumrah kejadian waktu sedemikian rupa, kadang-kala dirasakan sesuatu berlaku terlalu pantas dan ada kalanya juga sesuatu itu dirasakan terlalu lama. Kerana kawalan waktu adalah dibawah kekuasaan-Nya. dan bergantung kepada diri sendiri samada untuk mempergunakannya dengan sebaiknya sepertimana suruhan Yang Maha Esa di dalam Surah Al-A'sr.
Pelbagai ragam manusia telah dilihat sepanjang mendiami bumi Melbourne yang usianya kini menjangkau 7 bulan. Mungkin kerana berasal dari latar belakang keluarga,pendidikan, kebolehan, pendedahan sosial, pemikiran dan perasaan yang berbeza. dan mungkin juga kebiasaan kehidupan seharian yang berbeza membuatkan ramai orang berbeza antara satu sama lain. Ada yang memiliki kelebihan memasak, menyanyi, menulis, menghafal, mereka bentuk dan bermain bola dan pelbagai lagi. Kepelbagaian ini juga merupakan suatu rahmat daripada Illahi kerana ianya mungkin tidak dapat dirasakan jika masih berada di Malaysia. Setidak-tidak pun boleh diambil apa yang baik sebagai pengajaran dan diamalkan daripada setiap individu yang berbeza.
Tetapi, persoalan besar yang masih membelenggu pemikiran adalah mana satu jalan terbaik untuk diikuti dalam mengharungi kehidupan ini? Adakalanya jika berada dikalangan suatu kelompok orang, diriku sering untuk hanyut didalam suasana kebiasaan kelompok tersebut kerana asyik terpesona dengan suatu kelebihan yang dimiliki kelompok tersebut. dan begitu juga jika berada dalam suatu kelompok orang yang lain. Seolah-olah diri ini tidak mempunyai suatu pendirian yang tetap.
Perbezaan ini menjadi suatu permasalahan yang besar terutamanya dikalangan umat Islam. Dasar kepada agama Islam adalah Akidah Islamiah dimana setiap orang Islam wajib mempercayai kepada kalimat "Tiada tuhan yang disembahkan melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah". dan wajib untuk mengimani setiap daripada rukun iman dan islam. Rukun Iman terdiri daripada 6 perkara iaitu mengimani kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat dan qada' dan qadar. Keimanan terhadap 6 perkara ini menjadi asas dan pembimbing dalam mengharungi kehidupan ini.
Jika diteliti sirah Nabi Muhammad S.A.W, nabi memulakan dakwah dengan menyemai akidah islamiah yang mantap dalam diri para sahabat. dan proses ini bukan suatu proses yang mudah dan mengambil masa selama 13 tahun semasa nabi berdakwah di kota Mekah. Keimanan terhadap setiap ayat al-Quran yang diturunkan menjadi penyelesai kepada setiap permasalahan yang berlaku. Mengambil contoh peristiwa ketika Rasulullah meminta pendapat Abu Bakar dan Umar terhadap cara menghukum tahanan perang Badar. Terdapat perbezaan pendapat antara kedua sahabat iaitu Umar mengusulkan agar semua tawanan dibunuh, sedang Abu Bakar mengusulkan agar semua mereka membayar tebusan dan Rasullullah menyokong usul Abu Bakar. Maka, turun wahyu yang menguatkan usul Umar dan mencela apa yang dilakukan Rasullullah, sepertimana firman Allah dalam Surah al-Anfal : 67.
Mengambil pengajaran daripada peristiwa di atas umat Islam kini telah dibekalkan dengan sumber pembimbing utama dalam kehidupan iaitu Al-Quran dan as-Sunnah. Tidak perlu lagi bersusah payah membaca buku motivasi dan kata-kata perangsang kerana di dalam Al-Quran terdapat pelbagai sumber pembimbing kehidupan. Kepercayaan yang utuh terhadap setiap janji-janji Allah didalam al-Quran akan membawa ke jalan yang benar. Kemenangan dan kenikmatan yang kekal abadi adalah kemenangan mendapat syurga Allah kerana "dunia ini tidak lebih seperti permainan dan senda gurau"(47:36).
Maka, janganlah kita jadikan perbezaan dikalangan kita sebagai sebab untuk kita tidak bertegur sapa. Kerana setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika terdapat suatu yang bertentangan dengan apa yang ditetapkan didalam al-Quran dan as-Sunnah hendaklah kita nasihati dan jika mereka enggan biarkanlah sahaja. tetapi didalam hati masih tetap tidak suka terhadap perkara tersebut. dan jadikan setiap kelebihan unik yang ada dalam setiap umat Islam dapat menyumbang terhadap kemaslahatan umat Islam secara keseluruhannya.
Friday, September 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment