Bismillahirrahmanirrahim..
Tertarik kali ini untuk menulis tentang bagaimana ingin membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam masakini. Perkara ini tercetus setelah mendengar kuliah selasa yang disampaikan oleh seorang rakan di suatu bilik terpencil berdekatan Universiti...
Mungkin bagi yang pertama kali mendengarnya terasa pelik dengan apa yang dimaksudkan dengan angka-angka satu. Bagi memudahkan penerangan, pernahkah kita mendengar hadis nabi yang bermaksud :
"Akan datang suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa (selain umat Islam) bersatu akan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!, apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu?.Rasulullah menjawab : "Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai (majoriti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih lautan yang di bawa oleh arus air. Allah telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut dari kamu dan Allah mencampakkan perasaan 'wahn' ke dalam hati kamu. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!, apa yang di maksudkan 'wahn' itu?. Rasulullah s.a.w. menjawab : " Cinta dunia dan takut mati. "
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Jadi apa yang dimaksudkan dengan angka-angka satu ialah bagaimana untuk membina seorang individu muslim sejati yang dapat menggantikan buih-buih lautan sepertimana yang digambarkan dalam hadis di atas. Angka-angka satu yang mewakili individu muslim sejati yang menjadi batu-batu kepada pembinaan sebuah Keluarga, Masyarakat, Negara dan Daulah Islam.
Jika dahulu, semasa seorang sahabat bernama 'Amr bin 'Ash ingin membuka Mesir dan mendapat bantuan ketenteraan dari Rasullullah berjumlah 3000 orang tentera. Tetapi apa yang 'Amr bin 'Ash sedari, bantuan ketenteraan yang dikirimkan Rasullullah itu hanyalah 2001 orang tentera. Kerana 1 dari mereka itu telah mewakili 1000 orang tentera. MasyaAllah.. bagaimana kuatnya seorang sahabat ini..
Jika dahulu ada seorang sahabat yang dapat mewakili 1000 orang tetapi kini adakah setiap umat Islam kini dapat membina angka satu daripada beribu tentera tersebut. Jika tidak satu adakah setiap umat Islam telah berjaya mencapai separuh dari satu itu. Untuk dikira, hal ini sememangnya subjektif, tetapi apa yang penting ialah apakah langkah yang telah diambil oleh setiap umat Islam kini untuk membina setiap angka satu itu. dan umat Islam itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah saya, anda dan kita semua...
Menilai diri samada telah berjaya membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.
Untuk memastikan diri dapat mengisi angka satu dalam masyarakat Islam menuntut kepada pengorbanan dari diri sendiri. Pengorbanan yang menuntut dari pelbagai aspek baik dari segi pengobananan harta, duit, masa, perasaan dan yang paling utama sekali pengobanan melawan hawa nafsu. Ini kerana pengubahan dalam diri tidak akan terjadi melainkan diri sendiri yang membuka jalan untuk mengubah diri sendiri.
Jika melihat kepada sejarah Islam, proses dakwah peringkat awal Rasullullah S.A.W kepada para sahabat terdekat adalah dengan menanamkan akidah yang kuat dan mantap dalam jiwa mereka. Baginda mengajarkan kepada para sahabat agar meletakkan pergantungan dalam semua perkara hanya kepada Allah. Tiada lagi suruhan untuk melaksanakan hukum-hukum syariah seperti melaksanakan zakat, meninggalkan arak, mengharamkan judi dan sebagainya.
Setelah 13 tahun dakwah nabi saw yang menyentuh soal keimanan, akidah dan hati ini menyerap masuk ke dalam pemikiran dan perilaku para sabahat, penerapan syariat tidak menjadi suatu yang masalah. Diceritakan bahawa dengan turunnya ayat pengharaman arak, seluruh madinah banjir dengan arak-arak yang di buang. Setelah turunnya ayat hijab, kaum-kaum wanita di ceritakan menarik langsir untuk menutup rambut mereka tanpa melenggah-lengahkan sebarang suruhan. Dengan kata lain, dengan kalimah ini tertegak di dalam hati mereka, tidak ada lain terpancar di bibir dan perbuatan mereka melainkan kalimah: Sami’na wa ata’na (Kami dengar dan kami patuh).
dan seharusnya pada masa sekarang ini pun proses pembinaan angka-angka satu hendaklah bermula dengan memfokuskan kepada keyakinan, keimanan dan akidah yang mantap dalam diri. Tidak usahlah jemu untuk sentiasa memperingatkan dan mengulang-ulang tazkirah atau pemberitahuan tentang prinsip takwa kepada Allah agar hati-hati yang selama ini keras dapat dihentak dan cair agar dapat disisipkan ruh keimanan sejati dalam jiwa.
Proses pembinaan iman dan takwa dalam jiwa adalah penting sebagai batu loncatan membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam. Jika proses ini tidak dilalui dan diuji dan hanya terus melompat ke tahap seterusnya maka, kemungkinan besar akan terjadilah "kepincangan" dalam proses membina angka satu tersebut. Dalam mengelakkan hal ini berlaku, pemahaman dan ketakwaan berasaskan Islam memainkan peranan yang penting.
Ingin saya memberi beberapa contoh, seseorang sangat sibuk menelaah pelajaran baik ilmu sekular atau ilmu agama hinggalah larut malam. Tetapi apabila azan suboh berkumandang, tiada daya langsung untuk melawan berat sehelai selimut untuk bangun dan bersegera ke masjid. Melihat perkara ini berlaku kadang-kala saya ingin tertawa dalam hati...
Orang-orang yahudi telah mengkaji psikologi umat Islam terlebih dahulu sebelum mereka memper"apa-apa"kan umat Islam. Mereka dapat menganggarkan bilakah masanya detik kegemilangan umat Islam akan kembali dengan hanya melihat kepada jumlah orang Islam yang bersolat jemaah Suboh di masjid. Jika jumlahnya sama dengan jumlah jemaah yang bersolat jumaat, maka telah tibanya masa kebangkitan Islam. dan mereka pun akan mengibarkan bendera merah tanda untuk berhati-hati. Tetapi umat Islam kini masih tidak mengerti.. Siapakah umat Islam itu?? hanyalah saya, anda dan kita semua...
Rasanya banyak lagi pelajaran yang belum habis dibaca memandangkan akan ada 2 "test" pada Isnin depan. Diharapkan sedikit luahan rasa hati ini dapat menjadi iktibar dan dapat diambil langkah sewajarnya agar hasrat membina angka-angka satu dalam masyarakat Islam akan terlaksana. InsyaAllah..
Wallahua'lam...
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment