Tuesday, October 21, 2008

Pantun

Sedikit pantun pembuka bicara memandangkan daerah ini kini dilanda suatu fenomena baru iaitu fenomena "pantun menyentap jiwa". dan pantun berikut tidak sesentap pantun-pantun dari pengkarya-pengkarya yang lain. :)

Lama sudah tidak bertandang ke laman ini,
Dek leka dengan perkara duniawi,
Kadang-kala diri ini ingin setahun bercuti,
Untuk menghafal al-Quran suci,
Apakan daya hidup realiti perlu ditempuhi,
Ketabahan dan keimanan buat bekalan diri,
Matlamat ramadhan lalu pun belum dikecapi,
Juz satu al-Baqarah belum dilunasi...

Benda baru menawan di mata,
Buat pemuas waktu sementara,
Berkorban gadai mendapatkannya,
Bila habis tinggalkan saja,
Buang sayang, masa dan harta,
Bekalan akhirat tidak diserta,
Bila tua kesal binasa...

Berbolak-balik hati manusia,
Bagai gelegak air belanga,
Buat pemuda lagi terasa,
Badan segar lagi bertenaga,
Buang sayang pada dunia,
Bekal dunia hanya berpada,
Bekal akhirat jangan dilupa...

Biar kecil walau seinci,
Tetapi ikhlas kerana Illahi,
Biar mehnah menggunung tinggi,
Tetapi hati tetap di jalan ini,
Bukan mengikut membuta tuli,
Tetapi ada matlamat agung suci,
Bukan membuat sesuka hati,
Tetapi ada manhaj tersendiri,
Bukan untuk kepentingan duniawi,
Tetapi akhirat yang kekal abadi..

Berkawan dengan tukang besi,
Dapatlah tempias panas besi,
Berkawan dengan pembuat minyak wangi,
Dapatlah hidu bau wangi,
Berhati-hati memilih rakan sejati,
Dapat menjadi cermin diri,
Berhati-hati memilih rakan sejati,
Dapat membentuk peribadi rabbani,
Berhati-hati memilih rakan sejati,
Dapat membimbing ke jalan kekal abadi...

Berpantun, pantun la juga,
Minggu peperiksaan bakal menjelma,
Bermujahadah la buat semua,
Moga dipermudahkan oleh-Nya...


Sekian,
Sekreteriat minggu pantun semelbourne...

1 comment:

Unknown said...

Mantap! Inilah yang kita mahukan!